Thursday 28 November 2013

PROMOSI TERHEBAT ALAF INI!! GOLD RUSH!! !! Tak Grap Kompom Menyesal

Hai..

Berita Baik Kepada Pembaca Blog MindaEmas24k. Public Gold telah mengumunkan satu promosi GOLD RUSH! yang bagi saya TERHEBAT, TERJARANG & TERBEST sekali iaitu Promo 250g terus layak jadi Priority Dealer.(PD)


Normal jika anda hendak menjadi Prioriry Dealer anda perlu membuat belian RM100k di dalam satu resit @ membantu 5 orang menjadi dealer. Dengan promo terbaru ini anda hanya perlu membuat belian satu resit dalam RM35k sahaja (ANDA JIMAT RM65,000.00). Anda tunggu apa lagi? Tak graps promo ni kompom menyesal dan silap2 takkan jumpa lagi promo seumpama ini seumur hidup. Pertama kali dalam sejarah saya melihat promo TERBAIK ini.

Kelebihan PD:

1. Insentif 1.5% utk setiap belian produk

2. Insentif 0.5% untuk setiap jualan produk PG kepada PG

3. Insentif 1.5% jika anda memperkenalkan kawan-kawan kepada PG berterusan (walau sekali je anda intro pelanggan anda)

Kenapa bayar lebih sedangkan anda boleh mendapatkan emas@perak pada harga kilang ???

Beli emas + Ilmu Emas bersama saya dan komuniti Jutawan Emas 24k (JE24k). Kejayaan anda kejayaan saya jua


PROMO TAMAT 31 DISEMBER 2013

REBUT PELUANG sebelum anda terlepas peluang yang jarang-jarang berlaku ini....


Zhafri
Mentor Emas Perak Fizikal Muda
011.1991.1472
Admin Mindaemas24k
29/11/2013

Harga semasa klik sini 










Thursday 21 November 2013

Bila masa nak membeli?





Assalamualaikum....

Bila Masa sesuai nak membeli emas@perak?

Satu soalan yang kerap ditanya oleh rakan2 FB. Jawapan saya amat mudah. Anda boleh membeli emas bila:-

1. Bila sudah ada BUDGET

Nak buat apa pun, kene pastikan adanya budget. Even nak beli emas@perak, pastikan budget dah ready@ kita yakin boleh ada budget bila nak buat bayaran kelak, lock bila2 masa sahaja tanpa mengira

2.Bila harga emas dunia MURAH

Macamana nak tahu harga emas dunia sedang murah atau mahal? 

a-Baca graff Metatrader4 untuk melihat posisi gold samaada di bawah atau di atas

b-Lihat news2 ekonomi dunia terutama berita berkaitan US. Kebiasaanya graf emas bersifat berlawanan dengan USD. Bila USD menguat, Emas akan menurun dan vice versa

c-Melalui pengalaman hidup. Ikut pemerhatian saya, sekiranya harga 1Dinar berada di paras RM600 kebawah/sekeping, maka harga emas dunia berada dalam keadaan murah. Saya pernah mendapatkan sekeping dinar pada harga RM750 sekeping ,rakan saya dapat RM810 dan  kini RM566 (21/11/2013) maka saya berpandangan, amat berbaloi untuk membeli. 



Apa kita buat kalau SOGO@PARKSON@HYPER MARKET@etc buat SALES ? Adakah kita buat bodoh atau kita juga memborong ketika waktu tersebut? Orang kaya pun rebut peluang membeli ketika murah. Dengan wang yang sama kita mampu membeli lebih banyak barangan. Begitu juga emas, bila anda sudah bersedia @ rasa harga tersebut murah, borong sahaja semampunya. INGAT, Jika anda tidak simpan emas@perak, kompom duit anda bocor tanpa anda jejaki.. Sukar mahu mengumpul kekayaan dalam bentuk tunai sebab kerap sangat terbocor...Anda MAHU KAYA? Kene bermula simpan emas secara konsisten. Impian anda akan menjadi nyata, In sha Allah.



Cukup dulu untuk malam ni.. Nanti kita share  lagi

Zhafri
Mentor Emas Perak Fizikal Muda
21/11/2013


Sunday 10 November 2013

Kalau saya boleh kembali ke zaman pelajar, Apa agak2 yg saya ingin buat?



Kalau laa saya boleh kembali ke zaman pelajar, apa agak2 yg saya ingin buat? Pelik kan tajuk ni.. Tapi itulah realiti..Bila dah lepas baru kita mendapat pelajarannya. So saya kongsikan untuk rakan-rakan student yang masih menuntut. Semoga bermanfaat. In Shaa Allah

Perkara yang akan saya buat kalau saya student ADALAH:-


1.Saya ingin aktif dlm persatuan....


Zaman pekerjaan sekarang amat mencabar. Jika anda seorang PELAJAR PASIF@ULAT BUKU, hanya fokus belajar, tak bercampur dan mencipta network, anda bakal berdepan kesukaran mendapat pekerjaan terbaik. Sebagai contoh, seorang rakan saya presiden pelajar kursus saya, kini beliau merupakan antara pegawai yang penting di Sebuah Agensi Kerajaan di Klang. Banyak lagi contoh rakan yang aktif berpesatuan yang berjaya dalam kerjaya yang saya kenal.

2.Saya ingin CGPA saya last wajib atas 3.0 walau dgn apa cara sekalipun

Kini, peluang pekerjaan terutama Kerja Kerajaan amat terbatas. Peluang sikit tetapi yang masuk exam melampau2 ramai. Sebagai contoh, offer untuk Pegawai Gred41 100 kekosongan tetapi yang menghadiri exam adalah 60 ribu calon. Agak2 berapa peratus peluang untuk berjaya? Pikir2 sendiri. Saya punya CGPA tak lah baik sekadar 2nd Class Lower, pernah dan sudah beberapa kali saya tak dipanggil untuk seat exam sebab alasan JPA HANYA PANGGIL CALON YANG MENDAPAT POINTER 3.0 KEATAS SAHAJA.. So yang belum habis belajar tu, jaga pointer..WAJIB pastikan atas 3.00 jika anda tak mahu menyusahkan hidup anda .Kalau boleh 3.5 above lagi baik sebab hidup kedepan makin mencabar. Even kerje private pun sudah nak 3.0 sekarang.. Pikir2 kan kawan2.. Kalau ada kesempatan, ambil kelas bahasa mandarin(private) dan cuba kuasai sampai anda boleh bercakap dan menulis. Poin extra untuk anda jika anda mencari pekerjaan kelak. Banyak syarikat kini menetapkan syarat keperluan bahasa mendarin. FYI, Setakat kelas mandarin di universiti itu hanya sesuai untuk level tadika sahaja. Anda kene usaha untuk ikuti kelas luar yang lebih komprehensif jika ingin fasih (fluence). 

3.Saya ingin buat biz dan mempunyai rangkaian 3000 student... 

Haa yang ni, bagi saya jika anda boleh buat, saya pasti, bila anda konvo saje anda akan ada rangkaian biz yang agak luas. Pilih biz yang betul dan tepat..biar kecil tapi berturusan daripada besar tapi sekali tu je.Di Public Gold ada benda sebegini. Bayangkan, anda konvo saje anda ada pasif income RM3000 sebulan hasil rangkaian anda 3000 student yang anda usahakan samasa universiti dahulu.Dan pasif income ini semakin meningkat dan meningkat bila makin lama. Lumayan tak? Nak tahu bagaimana, wajib sms saya utk pencerahan

4.ingin mencipta nama...

Biar orang kenal kita dengan nama yang baik dan bukan rekod yang buruk.... Bila orang kenal kita dengan reputasi baik, apa2 pun akan jadi mudah dan senang. Bila kita bercakap atau memberi pandangan, orang terus percaya.. Sebagai contoh, antara sifu emas saya ialah En Syukor Hashim. Bila beliau berkata mengenai emas, kompom pandangannya mudah diterima sebab beliau sangat dikenali dalam industri ini dan beliau juga merupakan penulis pertama buku mengenai emas di Malaysia.   

JIKA ANDA SEORANG PELAJAR DAN BOLEH LAKSANAKAN 4 TIPS NI SAYA PERCAYA MASA DEPAN ANDA PASTI AKAN TERAMAT CERAH. IN SHAA ALLAH

Just sharing.. nak ikut, sila, tak nak tak paksa...jika bagus artikel ni, sharekan kat fb kalian.. Pahala menanti bagi mereka yang berkongsi perkara baik..Tips berdasarkan pengalaman sebenar saya. Saya terpaksa lalui terlebih dahulu sebelum saya boleh share dengan rakan2.

Zhafri
011.1991.14721.

10/11/2013

Monday 4 November 2013

Zakat Emas Dan Perak



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira senantiasa. Simpanan Emas dan Perak diketegorikan sebagai logam berharga dan adalah diwajibkan dikenakan zakat. Zakat tersebut hanya diwajibkan sekiranya telah cukup haul dan nisab.

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

 

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

 

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

 

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak



Credit to my mentor
En Syukor Hashim

4/11/2013

Friday 1 November 2013