Monday 30 September 2013

Siapa itu Assayer dalam industri emas?

 
1 perkara anda perlu tahu mengenai pengesahan ketulenan emas adalah ADAnya PENGESAHAN Assayer. Siapa itu Assayer?

Assayer ini ibarat:
1.Kalau nak buat rumah kene ada Ar. (aka arkitek berlesen utk submit design rumah kepada Majlis Daerah untuk kelulusan).
2.Kalau nak makan restoran kene ada sijil HALAL JAKIM baru boleh pi makan kedai tu.
3.Kalau course saya kene ada lesen company secretary baru prakticenya diakui sah.
4.Kalau bidang akaun kita panggil Charted Accountant utk mengesahkan dokumen kewangan. dan macam-macam lagi contoh

Assayer adalah istilah untuk individu yang BERTAULIAH memperakui KETULENAN EMAS. Produk emas yang mempunyai pengesahan Assayer bertauliah, produk tersebut TERJAMIN KUALITI DAN KETULENANNYA. Tokei kedai emas pun tidak boleh sign tau sijil pengesahan ketulenan. Hanya yang bertauliah sahaja dibenarkan. Di Public Gold  assayer bertauliahnya adalah En Abdul Syukor Anuar , Assay Office Penang Sdn Bhd yang mengesahkan ketulenan produk Public Gold.

JAMINAN KETENGAN JIWA kepada pelangan yang memilih Public Gold sebagai medium pelaburan dan simpanan emas dan perak bahawa produk Public Gold adalah TERJAMIN TULEN DAN ASLI..

Anda mahu emas yang disahkan oleh Assayer Bertauliah kah atau mahu beli emas tidak disahkan oleh sesiapa pun? Atau beli emas dari syarikat yang langsung tidak memliki Assayer produk tersebut? Kat luar tu banyak tuuu...

Anda tentukan
Mentor Muda Emas Perak Fizikal
011.1991.1472
PG029556
 


 
 
 

Monday 23 September 2013

VIDEO- Ustaz Azhar Idrus Menjawab Mengenai Beli Emas Secara Ansuran


Assalamualikum

Bolehkah saya membeli emas secara Ansuran (EPP)?

Ini antara soalan yang famous ditanya rakan-rakan. Jadi saya biar orang yang ahli menjawab soalan ini. Lihat video dibawah:






Wallahuaklam

Wasalam..

VIDEO- Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman Berkata Mengenai Pelaburan Emas

Assalamualikum..  Zaff nak share sedikit video menarik utk tatapan pelawat mindaemas24k.. Harap bermanfaat.

Cara Pelaburan Emas di Malaysia






Faktor Kenaikan Harga Emas


Kes Emas Geneva


Kes Syarikat Yang Menggunakan Skim Arrahnu Dalam Menipu Masyarakat. Nama syarikat saya rahsiakan.. Anda cari sendiri. Masih aktif di Malaysia dan ramai terkena...


Perhatikan Spread


VIDEO- Public Gold

Corporate Video Public Gold



Pelaburan Emas TV9


Program Biz TV1


Pelaburan Emas Bersama Public Gold TV3


Pelancaran Barang Kemas Public Jeweller



Pelaburan Emas Fizikal Astro Awani


Pelaburan Perak











TIPS MUDAH Anda sebagai Pelajar BOLEH LAKUKAN untuk menyimpan logam mulia!!!



Assamalaulaikum wr

Sesiapa sahaja boleh menyimpan emas @ perak. Itu realiti dan bukan mimpi. Walaupun anda masih menuntut, itu tidak boleh menjadi alasan menghalang anda untuk bertindak. Tiada siapa mampu memaksa anda kerana ia melibatkan masa depan anda. Jika anda bermula sekarang, anda beruntung, tetapi jika anda tidak buat, bertangguh, melewat-lewatkan anda bakal melopong kelak.

Bagaimana anda sebagai pelajar boleh bermula? Disediakan beberapa TIPS MUDAH untuk anda:

1.  Rancang 

Saya faham, anda sebagai student pasti banyak nak pakai duit kan..Nak bayar itu lah ini lah, minyak lah dll. Saya dulu pun pernah jadi student macam anda. Tetapi anda kene beringat, perancangan itu penting terutama yang melibatkan kewangan anda. Perancangan masa hadapan anda bermula hari ini. Gagal merancang, merancang kegagalan bak kata M. Nasir dalam lagunya.

2.  Cut

Apa benda yang nak kene cut nie? Cut disini bermaksud perkara yang tidak perlu cuba tahan jangan membeli. Belanja hanya untuk benda keperluan sahaja dan bukan kemahuan. Masa student, nafsu muda meluap-luap. Ramai student berlumba-lumba membeli handphone canggih, laptop terkini, system PC terbaik dan lain-lain. Kalau yang perempuan, sibuk nak melawa dengan dressing-dressing moden, alat mekup, barangan berjenama etc … Bukan tidak boleh membeli laptop atau seumpama. Jika nak juga belilah laptop yang terpakai kerana barangan terpakai lebih murah banyak dari baru tanpa mengabaikan aspek kondisi item tersebut. Handphone sebagai contoh berikutnya, bagi saya tak perlu terlalu kejar teknologi terkini. Beli yang agak wajar dan mampu sebagai seorang student, selagi tidak mengabaikan fungsi dan peranan phone tersebut. Contoh lain, jika anda setiap minggu makan KFC @fast food 3 kali seminggu, kurang-kurangkan lah. Anda bole makan nasi bungkus pula. Jika ada pasar malam, banyak menu pilihan pada harga murah.  Di situ juga anda boleh berjimat banyak RM.

3.  Bertindak

Katakan selepas anda berjimat di langkah 2, anda dapati anda mampu menyimpan dalam 100++ sebulan, maka anda sudah boleh bermula dengan menyimpan 10 dirham Public Gold(PG) terlebih dahulu. Kenapa 10 dirham PG? Sebab ia "TERMURAH" di pasaran kini berbanding jenama lain pada ketulenan yang sama dan berat yang sama..Jangan memandang rendah kuasa dirham (perak). Perak kini masih lagi biasa-biasa tetapi ia akan jadi luar biasa suatu hari nanti. Ini kerana logam perak banyak digunakan di dalam industri elektrik, elektronik, perhiasan dll dan produksinya makin menyusut. Ramai orang diluar sana tidak perasan. Lagipun perak juga mampu menyimpan kuasa beli selain emas dan ia masih murah masa kini  .

4.   Konsisten

Ini penting. Mulakan dengan sekeping 10 dirham dan konsisten menyimpan setiap bulan walaupun berapa harga nya. Beli je. Anda bole membuat teknik pemurataan kemudian. Jadikan ia sebuah simpanan untuk dilupakan. Beli dan lupa. Jangan diingat-ingat. Katakan setahun anda mampu simpan 12 keping 10 dirham, katakan anda belajar 5 tahun dan graduate, maka anda sudah ada 60 keping 10 dirham (sekitar 1.7 kg). Katakan 2018, harga 10 dirham sekeping katakan mencecah RM250 (anggaran dan boleh jadi lebih atau kurang sedikit) anda sudah menyimpan sekitar RM15,000 bila anda keluar Universiti kelak. Lagi lama simpan lagi lumayan. 10 tahun boleh mencecah 300%. Boleh lihat pic di bawah.





Ha.. menarik tak?... Walau anda student, ia bukan satu alasan untuk tidak bermula..Simpan jangan tak simpan. 

Anda mahu rahsia menjadi jutawan dengan Perak? Saya ada kiraannya. Pilih saya sebagai mentor anda untuk bermula, I will share the 5 years Strategy with Silver dengan anda.



Semoga bermanfaat

Wasalam

 
Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas
011.1991.1472.

23/9/2013

Tuesday 17 September 2013

3 Nasihat Kewangan Graduan Baru


Post image for 3 Nasihat Kewangan Graduan Baru 
Kekadang saya rasa bersalah bila adik-adik yang baru bekerja terlalu mengharap keuntungan pelaburan emas dengan modal tak seberapa. Setakat 2, 3 keping coin 1 Dinar, berapa sangatlah untungnya. Kalaulah sekeping 1 dinar boleh dapat untung RM100 setahun, untungnya baru RM300 setahun atau RM25 sebulan! Sedangkan banyak lagi ‘ruang’ yang adik-adik ni kena explore untuk gandakan kekayaan.
Walaupun macam tu, saya bangga student universiti / kolej dan fresh grad lagi dah ada kesedaran menyimpan dan melabur. Ia perkembangan yang baik berbanding zaman saya di universiti dulu. Tapi sebelum melabur dalam emas atau apa-apa pelaburan sekalipun, ada 3 nasihat penting untuk graduan baru tentang kewangan:

 

Nasihat #1 : Perbanyakkan Simpanan

Orang baru bekerja ni kena perbanyakkan simpanan. Ini bukan lagi masa untuk berjoli. Bila dapat gaji, potong duit siap-siap masukkan dalam tabung simpanan, bukan tunggu ada duit lebih baru menyimpan. Kalau sekarang gaji RM2,000 tak ada duit lebih, tengok nanti gaji dah RM5,000 sebulan pun still tak akan ada duit lebih. Kalau tunggu duit lebih baru menyimpan, alamatnya sampai bila pun tak akan menyimpan. So, bila dapat gaji, potong siap-siap duit tu masuk dalam simpanan. Selebihnya baru buat belanja.

Berapa banyak kena menyimpan? Simpan sebanyak mungkin sebab ada banyak belanja yang bakal anda tanggung antaranya:
  • Bertunang
  • Kahwin
  • Beli Kereta
  • Masuk rumah – banyak barang rumah kena beli
  • Sambut baby baru
  • Langsai pinjaman PTPTN

 

Nasihat #2 : Baca Buku Kewangan Peribadi

Beli dan baca buku-buku kewangan. Antara yang saya rasa terbaik untuk bermula iaitu (1) Jutawan Dari Planet Jupiter – Azizi Ali, dan (2) Petunjuk Jalan Kekayaan – Chef Li. Kedua-dua buku ni ‘membuka mata’ dan memberi impak yang besar terhadap kewangan saya. Buku tu penting supaya dapat ilmu yang betul dalam mengurus kewangan dan mencari kekayaan.

Buku Petunjuk Jalan Kakayaan Jutawan Planet Jupiter

Sebelum anda labur duit sana sini mengharapkan keuntungan besar, saya rasa labur duit beli buku-buku kewangan jauh lebih untung.

 

Nasihat #3 : Explore Peluang Perniagaan

Badan kuat, masa banyak, komitmen pun belum ada. Rugilah kalau sekadar tunggu naik gaji akhir tahun yang beberapa ratus tu. Jangan biarkan majikan yang meletakkan harga kita, tapi biar kita sendiri tentukan berapa kita patut dibayar.

So, manfaatkan waktu berharga tu untuk explore peluang-peluang perniagaan supaya anda dapat tentukan sendiri berapa banyak income yang anda nak, bukan sekadar tunggu kenaikan gaji akhir tahun. Saya percaya, potensi sebenar kita jauh lebih mahal daripada harga yang diletakkan oleh majikan. Tinggal lagi, kita kena explore dan bangunkan potensi diri kita sebenar.

Kenapa saya syorkan bisnes? Sebab komitmen kewangan graduan baru terlalu besar, sedangkan kenaikan gaji langsung tak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup orang yang baru berkeluarga. Gaji naik RM150 – RM200 setahun, sedangkan dalam tahun sama, bertambah 2, 3 bebanan kewangan baru – dapat isteri, dapat anak, pindah rumah, dapat anak lagi dsb. Itu belum kira kos yang kerja berjauhan dengan isteri.
Samada para graduan ni kena tambah income dengan bisnes sendiri (sebagai side-income), atau biarkan diri tenggelam dalam belengu hutang sepanjang hayat! Saya pilih untuk jadi orang muda yang bebas dari hutang supaya “peace of mind” tapi dalam masa yang sama, “plenty of money”, insyaAllah.

Itulah nasihat serba ringkas saya. Bila duit simpanan dah ‘cukup’, dah terbiasa dengan tabiat kewangan yang betul, side-income pun dah boleh top-up duit gaji, nanti tak perlu risau pasal untung rugi pelaburan tu sebab kita boleh contol kewangan kita sendiri. Bukan sekadar tunggu kenaikan gaji, apatah lagi tunggu untung nasib dalam pelaburan.

credit to my friend Mohd Zulkifli

Prinsip Menyimpan Wang



Hai, Assalamualaikum wr

Mengikut pembacaan saya di dalam beberapa buah blog dan buku mengenai kewangan, ada beberapa prinsip penting yang biasa diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan.  Antaranya;

1 – Potong at least 10% daripada pendapatan utama @gaji anda

Bila kita mendapat gaji setiap bulan, biasanya kita terlupa untuk mengasingkan sebahagian dari gaji kita untuk diri sendiri. Mengikut pembacaan saya, kita sewajarnya mengasingkan minima 10% dari pendapatan@ gaji untuk dijadikan simpanan yang akan dilupakan. Kita simpan dan kita lupakan terus yang kita pernah menyimpan. Jangan mengada-ngada mahu ingat-ingat lagi… Tabung ini akan digunakan sekiranya anda menghadapi kecemasan yang amat mendesak ataupun  duit tu boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan baru melalui bisnes atau pelaburan.

2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan@ bentuk yang selamat

Pilih akaun  bank yang tidak banyak cawangan dan jangan memohon kad atm bank tersebut. Jika tidak pun boleh pilih Tabung Haji (tiada kad ATM) atau  simpan dalam bentuk selamat seperti emas. Kalau mudah dikeluarkan saya pasti sukarlah anda hendak menyimpan wang anda. Pasti tidak tahan godaan untuk berbelanja lagi-lagi bila ada jualan murah yang mampu mencairkan wang anda.

3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit.

Menyimpan adalah satu tabiat@kebiasaan. Tabiat boleh dibentuk dengan syarat, anda mempunyai disiplin diri yang tinggi. Jika tidak mampu menyimpan 10% gaji, mulakan dengan jumlah yang anda mampu dahulu. Jika anda mampu untuk bermula minima RM30, mulakan terus.  Pastikan ia konsisten dan berterusan. Jangan angat-angat tahu ayam sahaja. Selagi anda tidak menyimpan, jangan bermimpi anda akan menjadi kaya suatu hari nanti

4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes.

Jangan tangguh-tangguh. Bila kita bertangguh, tu yang menyebabkan apa yang dirancang selalunya tidak menjadi. Paling baik, anda terus buat potongan gaji (auto debit) supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya lepas tolak simpanan baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko tinggi untuk di licinkan.

5 – Set target untuk adakan simpanan minima 3 bulan pendapatan.

Anda perlu sediakan tabung kecemasan. Minima 3 bulan dan jika boleh simpan untuk 6 atau 9 bulan lagi baik. Dana kecemasan tu penting sebagai  incase tiba-tiba hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, siapkan simpanan untuk anda survive kalau boleh untuk tempos setahun pendapatan.  Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta Atau simpan 10 kilo emas pun boleh. Pendapatan yang dijana dari dividen insyalah cukup untuk menampung hidup anda dengan syarat anda tidak berboros. Jika anda memiliki emas, pelajari ilmu untuk menggandakan emas tersebut dengan trading atau seumpama.

6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan.

Kalau dapat dividen, topup pelaburan anda supaya hasil kedepan lebih baik. Kalau anda tidak disiplin, sentiasa menghabiskan duit dividen anda, sampai bila-bila pun tak kemana. Jika anda ada RM50,000.00 sekarang, kuasa belinya belum tentu masih dikekalkan 10 tahun lagi. Baca post mengenai kambing.

7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang

Seorang pakar kewangan menyatakan takaful/insuran bukan dicipta untuk menjana pendapatan. Pilih takaful @ insuran hanya untuk perlindungan seperti kematian, hilang upaya, rawatan hospital, atau penyakit kritikal sahaja. Jika anda ingin melaburkan wang untuk pulangan yang lebih, pilih medium yang lain selain insuran.

Di harap tip2 ni serba sedikit dapat membantu anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas
7 September 2013

Monday 16 September 2013

Cara Mudah Hapuskan Hutang


Assalamualaikum

Kali ni zaff nak share topik lain sikit dari tajuk emas. Tajuknya cara mudah hapus hutang. Pasti ramai juga rakan-rakan yang berdepan dengan masalah hutang. Diharap artikel ini membantu. Artikel ini saya dapat dari rakan saya iaitu Dr Izwan Hussin


Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang! Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh anda ikut.Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang terbaik kepada anda ;)

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada. Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir. Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahajahutang pertama anda habis. izwan, gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.

Jazakallah dan Thanks Dr Izwan diatas tips ini. Semoga rakan-rakan blogger mendapat manfaat dari perkongsian ini ....



Nota:
Ingin tahu kaedah bekesan menyimpan wang/nilai harta anda? Jemput ke seminar PERCUMA klik sini . Jadual seminar sebulan pula di sini

Wallahuaklam

Wasalam

Kenapa saya suka barang kemas i-Series Public Gold?


Assalamualaikum wr

Semua orang suka kepada kecantikan terutama wanita. Bila wanita memakai emas, wanita akan merasakan dirinya cantik. Makin banyak emas yang dipakai makin cantik. Ia mempunyai aura kecantikan tersendiri.

Tetapi ramai yang tidak tahu, membeli barang kemas juga perlu mempunyai ilmu. Apa yang anda perlu tahu tentang barang kemas?

1. Biasanya wanita pergi ke kedai mereka bertanya berapa harga segram? Soalan paling standard yang akan ditanya kepada pekedai. Mereka lupa ada satu lagi soalan yang wajib ditanyakan selepas harga segram, iaitu berapa upah tukang barang kemas tersebut.

2. Susut Nilai (Spread) juga tidak diambil berat. Jarang orang bertanya berapa susut nilai barang kemas tersebut. Biasanya Spread barang kemas kedai emas adalah 25-40%. Yang mereka tahu, beli dan pakai sahaja.
 

Disamping emas berbentuk jongkong dan syiling, Public Gold juga mempunyai barang kemas tersendiri. Barang kemas ini dipanggil i-Series (Investment Series). Apa beza dengan barang kemas biasa?

1. SPREAD yang RENDAH iaitu sekitar 10% untuk i-Series.

2. TIADA upah tukang untuk produk i-Series. Anda hanya bayar kos pergram mengikut harga semasa (+ sedikit kos pengangkutan sahaja).

3. HARGA pergram RENDAH dari kedai emas konvensional (jimat sekitar RM20++) kerana harga Public Gold adalah harga direct kilang emas kepada anda.

4. PERGERAKAN HARGA setiap 20 minit mengikut harga dunia. Jadi anda boleh menempah bila-bila masa 24/7. Kemudahan kepada anda untuk mendapat harga terbaik

Banyak lagi kelebihan jika nak taip disini.. cukup sampai disini sahaja...Jika anda ingin melihat produk i-Series, anda boleh ke laman web rasmi Public Gold untuk gambar lain.

 

Pergi Haji dengan Emas berbaloikah?



Hai, Assalamualaikum

Semua orang yang beragama Islam pasti bercita-cita ingin menunaikan haji suatu hari nanti.. Apa perancangan kita untuk mencapai niat murni ini? Bagaimana dengan simpanan emas mampu menampung keperluan haji anda?

Katakan kos haji ialah RM10,000.00 kekal untuk 10 tahun akan datang. Kita lihat trend bilangan emas yang anda perlu sediakan  untuk perbelanjaan Haji anda. Jadual dibawah diambil bermula 2002-2011.



Tahun 2013 harga dinar ketika artikel ini ditulis 16/9/2013 adalah RM616. Jadi anda perlukan  17 dinar untuk tujuan haji anda. Jika pada tahun 2023, adakah harga emas tetap sama macam 2013? Belum tentu kan. Sekiranya anda sudah siapkan 17 dinar sekarang (2013), 10 tahun akan datang katakan harga dinar dianggarkan RM2000 sekeping (katakan kenaikan 200%) ,maka anda telah mempersiapkan RM34,000 untuk belanja haji anda. Cukup tak? Boleh bawa isteri anda tak? Boleh kan...Sekiranya Kerajaan tiba-tiba menaikkan kos untuk menunaikan haji kepada RM20,000, anda tetap masih mampu menampung PENINGKATAN harga tersebut dengan nilai dinar anda pada ketika itu..

Tetapi sekiranya anda masih tetap menyimpan wang kertas sebanyak RM10,000 (2013) di dalam akaun simpanan anda, 10 tahun akan datang nombornya masih kekal lebih kurang RM10,000 ++ sikit campur interest bank ada la dalam jumlah keseluruhan RM13,000. Sudah cukupkah untuk anda? Katakan tub-tub Kerajaan meningkatkan kos haji kepada RM20,000.00 anda terpaksa mencari tambahan RM7,000 bagi menampung kurangan tersebut.

So jadi pengguna bijak.. Anda tentukan mahu macam mana


Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas