Thursday 12 September 2013

Ingin Tahu Rahsia Logam Bernama EMAS???



Assalamualaikum wr

Post kali ni zaff nak share sedikit rahsia logam mulia (istilah bahasa indonesia) atau lebih dikenali sebagai EMAS. Apa rahsia emas? Mesti anda ingin tahu kan.. Percaya tak..Semua orang dah melihat emas semenjak nenek moyang lagi tetapi amat sedikit yang mengetahui rahsianya terutamanya lelaki. Ramai lelaki yang tak amik port pasal emas nie dan beranggapan emas hanya untuk perempuan. Tanggapan tersebut adalah SILAP kerana emas boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina, pekerjaan, tahap pendidikan mahupun bangsa.




Zaf..cer cite dekat saya apa rahsianya emas ni sampai zaff sangat berminat dengan emas?


Rahsia yang pertama.



EMAS ADALAH KEKAYAAN SEBENAR

Emas telah dikenali semenjak dahulu lagi.  Semenjak zaman firaun emas telah digunakan dan ia lambang kekayaan raja-raja. Makin banyak emas yang dikumpul makin kaya raja tersebut. Cuba lihat cerita-cerita lama mesir atau cerita The Mummy. Lihat apa yang dijumpai di dalam piramid tersebut? Harta, Emas yang banyak kan.bertimbun-timbun.. Oleh itu, sesiapa yang ada emas yang banyak dianggap kaya tidak kira dalam apa jua zaman. 

Katakan kini anda punya wang dibank sebanyak RM1 juta, adakah anda dianggap kaya? Pasti orang panggil anda orang kaya. Kaya di Malaysia. Contoh lain, katakan anda tidak punya wang 1 juta, tetapi anda punya 10 kilo emas. Adakah anda dianggap kaya? Sudah tentu anda juga dianggap sebagai orang kaya walaupun tunai di bank hanya ada RM100 sahaja. Cuma bezanya, anda bukan sahaja kaya di Malaysia, anda juga kaya di mana-mana pelusuk negara tidak kira di Indonesia,Amarika, Africa, China, Jepun, Pakistan, Turgistan, Kongostan, Go Head Gostan (melawak je teringat pulak cerita 3 Abdul). Kekayaan anda diiktiraf dimana-mana tanpa ada sesiapa boleh menyangkal anda. Katakan anda ada wang tunai 1juta dan anda bawa wang tersebut ke Korea, anda belum tentu menjadi orang kaya. Silap-silap susah nak tukar sebab saya pernah ada pengalaman, money changer kat sana ada beberapa tempat tidak terima wang RM.




Rahsia Kedua


WANG MAKIN SUSUT NILAI

Adakah anda perasan, bahawa sekarang ini barang makin mahal, kos sara hidup meningkat secara drastik. Sekiranya anda hanya bekerja pejabat dan buat sedikit simpanan, perkara tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan anda sekeluarga. Mengikut kenyataan En Yap Ming Hui (pakar kewangan) jika hidup zaman sekarang kita perlu bekerja sambil mencari pendapatan tambahan..Tidak cukup dengan makan gaji sahaja..  Tidak seperti dahulu, gaji seribu cukup untuk membeli kereta dan rumah. Kini walau gaji kita sudah dinaikkan sehingga katakan RM2000 sebulan, adakah anda mampu membeli sebiji rumah dan kereta?


Kuasa wang sentiasa menyusut lagi lagi semenjak 1971. Kenapa? Nanti saya kupas sedikit dalam post lain. Wang makin banyak dicetak sehingga tidak mampu mengekang kenaikan harga barang. Setiap tahun ada sahaja wang baru dicetak. Jika tidak percaya, pergi ke bank ketika musim perayaan dan cuba tukar wang baru. Pernah ke ada tahun yang tiada wang baru di pasaran? Tak pernahkan. Sentiasa ada wang baru di cetak dan diedarkan dipasaran (circulation). Sebabtu harga barang melambung kerana wang kertas terlampau banyak sangat. Duhulu buat loan maksimum baru 10k, sekarang kerja dengan gaji RM2000 boleh buat loan sehingga RM200k. Tampak duit sangat banyak dan mudah didapati tak? Jika duhulu ada RM50 rasa besar boleh beli macam-macam dan kalau pergi pasar boleh beli bekalan untuk seminggu. Jika sekarang ada RM50, dalam masa kurang 1 minit pun saya boleh habiskan. Nak pergi pasar pun boleh beli bekalan untuk 2 hari sahaja.


Apa yang anda faham dengan gambar dari web Bank Negara diatas? Tak faham? Mari saya jelaskan. Gambar diatas menggambarkan kadar inflasi negara sehingga Julai 2013. Kadar inflasi negara berada pada tahap 2%. Apa kesan kepada anda? Katakan anda ada wang tunai RM100K dan anda masukkan kedalam bank, walaupun di dalam buku simpanan anda atau penyata bank anda menunjukkan nombor RM100K, pada hakikatnya, kuasa beli anda telah menyusut kepada RM98K sahaja (RM2K dimakan inflasi secara senyap-senyap tanpa memberitahu anda dan anda jika tidak berilmu pasti tidak sedar). Ini juga bermaksud, sekiranya anda hendak bershopping, shops until item bernilai RM98K only!!! Walaupun kat tag harga tulis RM100K, pada hakikatnya item tersebut bernilai hanya 98K sahaja..bayar item RM98K dengan harga RM100k tunai...itu bahasa mudahnya....

Minyak baru naik 20sen ramai dah panik. Duit hilang kuasa 2% tiada siapa yang tahu @peduli.





Rahsia Ketiga


HARGA EMAS MENINGKAT UNTUK JANGKA PANJANG


Emas meningkat untuk jangka masa panjang. Dahulu harga segeram emas pernah mencecah RM30, RM40, RM50, RM70, RM80 ,RM200 (tahun 2011) dan kini RM 153 segeram (macam harga masa saya mula-mula kenal emas pada tahun 2009. Harga masih sesuai untuk membeli). 

Berdasarkan graf emas (goldprice.org) peningkatan harga emas adalah 262% untuk tempoh 10 tahun (purata 26.2% setahun). Untuk 5 tahun pula peningkatan harga emas sebanyak 91.97% (16.4% setahun). Pelaburan emas hanya uintuk tempoh jangka sederhana dan panjang sahaja dan tidak sesuai untuk jangka pendek kerana harga emas ada turun naik . Mengikut cikgu forex emas saya En Shufaat (Melaka Fx), graf emas berbeza dengan graf forex dimana graff forex sukar diramal. Graf emas dia turun ke dia naik ker kita relax je sebab ia jangka masa panjang komfom naik. Ibarat tengok cerita P.Ramlee sampai kita pun dah tahu kesudahannya.

Lagi satu, graff emas dia ada memori. Bila ia sudah pernah cecah sesuatu harga maka dia akan cecah balik harga itu. Sebagai contoh harga emas pernah cecah RM200/gram tahun 2011, sekarang turun ke RM153 (9/2013) segeram, TAK MUSTAHIL dia akan pergi ke RM200 dan shoot keatas. Anda hanya perlu sabar dengan masa sahaja. 


Contoh hari ini anda mulakan simpanan emas anda 1 dinar beharga RM 620 (ketika harga semasa yaa) tidak mustahil 10 tahun lagi 1 dinar yang SAMA bernilai RM2000 sekeping (peningkatan 200%) Siapa yang tahukan.Anda pulak konsisten beli ansuran 4 bulan sekeping  setahun sudah ada 3 keping, 10 tahun sudah 30 keping. Tiba-tiba harga emas up 10 tahun kemudian 200%. Tak ke anda sudah ada simpanan RM60K pada masa itu. Boleh la pegi haji dengan tenang siap bawak famili lagi

(ini sebagai contoh yaa)



Menarik tak? Emas makin lama makin mahal kerana emas terhad diatas muka bumi. Buka mudah ingin mencarinya dan ianya tidak boleh dicetak sesuka hati jika ingin ditambah gramnya. Proses untuk menghasilkan emas tulen amat-amatlah rumit...Berbeza dengan ciri wang kertas dimana ia sentiasa boleh dicetak dan sekiranya tidak terkawal ia akan mengakibatkan hiper inflasi (barang terlampau mahal yang melampau).
Proses cetakan wang kertas


Di Zimbabwe, 1 helai note dengan 11 digit kosong hanya mempunyai kuasa beli 3 biji telur sahaja.


Berapa banyak daa kena bawak tunai nak pegi kedai makan



Sekeping dolar US boleh dapat banyak wang zimbabwe. Dah tak terkira dah ..


Nak amik gaji macam best kan!

Ni kes sebenar yang berlaku di Zimbabwe. Wang makin banyak sehingga tidak bernilai. Wang hanyalah kertas yang bernombor dan kita sahaja rasa ia bernilai. Jika keadaan tiba-tiba tidak aman seperti kegawatan ekonomi, politik pincang, perang, darurat etc, wang yang banyak terus hilang kuasa beli.

Malaysia agak-agak pernah ke berlaku hyper inflasi tuan-tuan? Jawapannya pernah ketika zaman jepun dahulu. 




Kerajaan Jepun mewajibkan rakyat tanah melaya ini menukar semua wang mereka kepada wang daun pisang untuk urusan. Wang tersebut sah ketika Jepun memerintah. Panas yang disangka kepetang tidak kesampaian kerana hujan ditengah hari. Pemerintahan Jepun tidak bertahan lama dan tanah melayu kembali balik kepada Kerajaan British. So mana-mana rakyat yang menyimpan berguni-guni wang diatas, mengalami kerugian yang teramat besar sebab wang tidak laku....

Itu cerita lama sangat kan.. Apa kata kita ambil contoh dekat sikit.. Pernah lihat note RM1000 dan RM500 sekeping? Atau syiling RM1..Dahulu wang tersebut laku. Tiba-tiba kerajaan membatalkan kuasa beli wang tersebut.. Bayangkan jika anda ada seguni wang-wang berikut? Adakah anda kaya? Lu Pikir La Sendiri kata Nabil





So kesimpulan mana satu yang lebih baik dalam menyimpan nilai? 



Anda ada jawapannya.... Baru sedikit.. bayak lagi rahsia emas ini.. Datang mana-mana seminar Public Gold untuk lebih info. Saya tutup artikel ini dengan pic dibawah. Semoga post ini amat bermanfaat kepada anda. Maaf jika gaya bahasa saya sempoi dan relax. Macam cakap dengan kawan-kawan sahaja. Janji tuan-tuan faham sudah lah.





Nak beli emas cari saya, jak jual emas cari saya nak belajar ilmu emas cari saya juga


Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas
sms@whatapps 011.1991.1472


No comments:

Post a Comment