Sunday 8 September 2013

Antara 1g Emas dan 1 Dinar Emas, Mana yang terbaik?

Assalamualaikum wr


Seorang rakan FB bertanya lagi mengenai perkara berikut, yang mana satu terbaik utk memulakan simpanan emas? 1 gram kepingan emas setiap bulankah atau 1 dinar? Bagi menjawab persolan ini, kita perlu melihat dari segi beberapa aspek.

1. Susut Nilai (Spread)

     Berapa susut nilai emas tersebut? Adakah ia besar atau ia kecil.. Seperti post saya terdahulu, dalam simpanan emas perlu memlilih susut nilai yang kecil. Makin kecil makin baik. Penentu pulang modal atau keuntungan adalah spread ini.

Sebagai contoh:

1gram emas susut nilai 20%, 1 dinar Public Gold HANYA 6%... Mana yang kecil itu yang sepatutnya menjadi pilihan anda.


2.  Kos Pergram

     Biasa kos per gram kepingan emas 1gram adalah mahal dari biasa. Sebagai contoh, 1g jenama X ialah RM196. Jika dibandingkan dgn PG pula adalah RM 162.50 segeram (1 dinar RM650 dibayar ansuran 4 kali). 


3. Jumlah keseluruhan

     Jangan kita hanya nampak RM196 sebulan adalah jimat dan murah. Kita perlu membuat kiraan keseluruhan sekiranya kita membeli 1g emas selama 4 bulan.

Jenama X

RM196 X 4 bulan=RM784
Gram diperolehi= 4 gram sahaja

Dinar Public Gold

RM 162.50 X 4 bulan= RM650
Gram diperolehi =4.25 gram 

4. Kemudahan jual beli

Jenama X

MUDAH MEMBELI, susah menjual sebab susut nilai tinggi iaitu 20%.

Dinar Public Gold

MUDAH MEMBELI DAN MUDAH MENJUAL susut nilai kecil selain syarikat mempunyai ramai dealer dan 18 cawangan.


So jadi pengguna bijak.. Jangan silap membuat pilihan... diharap post hari ini bermanfaat


Wallauaklam


Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas

No comments:

Post a Comment