Tuesday 17 September 2013

Prinsip Menyimpan Wang



Hai, Assalamualaikum wr

Mengikut pembacaan saya di dalam beberapa buah blog dan buku mengenai kewangan, ada beberapa prinsip penting yang biasa diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan.  Antaranya;

1 – Potong at least 10% daripada pendapatan utama @gaji anda

Bila kita mendapat gaji setiap bulan, biasanya kita terlupa untuk mengasingkan sebahagian dari gaji kita untuk diri sendiri. Mengikut pembacaan saya, kita sewajarnya mengasingkan minima 10% dari pendapatan@ gaji untuk dijadikan simpanan yang akan dilupakan. Kita simpan dan kita lupakan terus yang kita pernah menyimpan. Jangan mengada-ngada mahu ingat-ingat lagi… Tabung ini akan digunakan sekiranya anda menghadapi kecemasan yang amat mendesak ataupun  duit tu boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan baru melalui bisnes atau pelaburan.

2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan@ bentuk yang selamat

Pilih akaun  bank yang tidak banyak cawangan dan jangan memohon kad atm bank tersebut. Jika tidak pun boleh pilih Tabung Haji (tiada kad ATM) atau  simpan dalam bentuk selamat seperti emas. Kalau mudah dikeluarkan saya pasti sukarlah anda hendak menyimpan wang anda. Pasti tidak tahan godaan untuk berbelanja lagi-lagi bila ada jualan murah yang mampu mencairkan wang anda.

3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit.

Menyimpan adalah satu tabiat@kebiasaan. Tabiat boleh dibentuk dengan syarat, anda mempunyai disiplin diri yang tinggi. Jika tidak mampu menyimpan 10% gaji, mulakan dengan jumlah yang anda mampu dahulu. Jika anda mampu untuk bermula minima RM30, mulakan terus.  Pastikan ia konsisten dan berterusan. Jangan angat-angat tahu ayam sahaja. Selagi anda tidak menyimpan, jangan bermimpi anda akan menjadi kaya suatu hari nanti

4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes.

Jangan tangguh-tangguh. Bila kita bertangguh, tu yang menyebabkan apa yang dirancang selalunya tidak menjadi. Paling baik, anda terus buat potongan gaji (auto debit) supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya lepas tolak simpanan baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko tinggi untuk di licinkan.

5 – Set target untuk adakan simpanan minima 3 bulan pendapatan.

Anda perlu sediakan tabung kecemasan. Minima 3 bulan dan jika boleh simpan untuk 6 atau 9 bulan lagi baik. Dana kecemasan tu penting sebagai  incase tiba-tiba hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, siapkan simpanan untuk anda survive kalau boleh untuk tempos setahun pendapatan.  Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta Atau simpan 10 kilo emas pun boleh. Pendapatan yang dijana dari dividen insyalah cukup untuk menampung hidup anda dengan syarat anda tidak berboros. Jika anda memiliki emas, pelajari ilmu untuk menggandakan emas tersebut dengan trading atau seumpama.

6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan.

Kalau dapat dividen, topup pelaburan anda supaya hasil kedepan lebih baik. Kalau anda tidak disiplin, sentiasa menghabiskan duit dividen anda, sampai bila-bila pun tak kemana. Jika anda ada RM50,000.00 sekarang, kuasa belinya belum tentu masih dikekalkan 10 tahun lagi. Baca post mengenai kambing.

7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang

Seorang pakar kewangan menyatakan takaful/insuran bukan dicipta untuk menjana pendapatan. Pilih takaful @ insuran hanya untuk perlindungan seperti kematian, hilang upaya, rawatan hospital, atau penyakit kritikal sahaja. Jika anda ingin melaburkan wang untuk pulangan yang lebih, pilih medium yang lain selain insuran.

Di harap tip2 ni serba sedikit dapat membantu anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas
7 September 2013

No comments:

Post a Comment