Wednesday 4 September 2013

Pengenalan



Assalamualaikum w.r 

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi melawat ke blog saya Mindaemas24k ini. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Muhamad Zhafri Abdul Hamid dan menetap di Kajang Selangor. Saya merupakan Authorised Master Dealer Public Gold. Tujuan saya membuka blog ini adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan ilmu berkaitan dengan pelaburan emas di Malaysia terutamanya Public Gold atau lebih dikenali sebagai PG.

Kala ini, ramai diantara kita yang terjebak dengan skim-skim berunsur emas. Mengapa ini berlaku? Semuanya disebabkan ceteknya pengetahuan tentang emas, sikap tamak, mahu untung cepat. Kalau boleh, invest hari ni minggu depan nak untung besar sahaja dan tak sabar dengan waktu...Masuk ASB pun kene tunggu setahun baru mendapat dividen.Kalau ada yang cepat beri pulangan itu yang dipilihnya... Apa jua bentuk pelaburan yang ingin anda ceburi, anda wajib buat kajian, cari ilmu yang relevan, cari peluang-peluang seminar, kenali risiko yang bakal anda hadapi, beli buku yang sesuai, google online dan macam-macam lagi yang anda boleh lakukan. Pendek kata, sebelum menceburi sesuatu bidang, pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi. Allah juga berfirman "Hendaklah kamu melakukan sesuatu dengan ilmu". Jelas disini pentingnya kita menjadi orang berilmu. Dengan ilmu anda mampu membuat keputusan dengan tepat dan wajar dan dengan ilmu juga anda tidak mudah ditipu hidup-hidup oleh mereka yang tamak mahu kaya dengan cepat.

Semoga ilmu yang dicurahkan disini memberi manfaat kepada ramai orang terutamanya mereka yang baru hendak berjinak dengan pelaburan emas. 


Wasalam

Muhamad Zhafri Abdul Hamid 
Mentor Muda Emas
PG029556

No comments:

Post a Comment