Thursday 12 September 2013

Saya beli dengan Public Gold saya nak jual di kedai emas, Bolehkah?

Assalamualaikum wr


Soalan ini bunyinya seakan sama soalan yang sebelum ini. Bagi menjawab soalan ini, jawapan saya "terpulang" kepada anda. Apa matlamat anda membeli emas? Sudah tentu anda inginkan keuntungan ketika menjual nanti. Pelaburan emas hanya mendapat keuntungan ketika proses menjual emas pada harga yang melebihi harga belian. Tak ke begitu? Bagi memaksimakan keuntungan, anda digalakkan untuk menjual kembali ke tempat@ syarikat dimana anda membeli emas anda tersebut dengan syarat syarikat tersebut mahu menerima lah yaa.. Jika syarikat tak terima macam kes saya, naya woo...

Kenapa?

Sekiranya anda menjual di tempat dimana anda membeli emas, mereka akan menerima barangan mereka  dengan harga yang tinggi. Ini kerana, produk itu produk mereka sendiri. Tetapi sekiranya anda jual di tempat lain, susut nilai emas anda sangat tinggi boleh mencecah 25-40%. Sebagai contoh anda mempunyai dinar emas Public Gold, anda jual kembali ke PG maka susut nilai hanya 6%. Tetapi sekiranya anda berhasrat ingin menjual di mana-mana kedai emas, maka susut nilai tadi mungkin akan mencecah 25% sebab ia bukan jenama mereka. Lagi satu kedai akan menganggap ia sebagai emas terpakai. So siapa rugi?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.


Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas

No comments:

Post a Comment