Monday 9 September 2013

Saya masih belajar. BOLEHkah saya bermula?


Assalamualaikum wr.


Jawapan untuk soalan tersebut sangat mudah. Sesiapa sahaja boleh menyimpan emas tanpa mengira umur,jantina ataupun status. Tidak perlu menunggu untuk anda sudah beharta, sudah bekerja atau lain-lain. Jika anda sudah berniat hendak bermula, teruskan. Jangan banyak memberi alasan kepada diri. Anda simpan untuk anda, bukan untuk saya. Anda bermula sekarang anda beruntung, wang tak bocor, harta anda nampak ditangan dan makin meningkat nilai dalam jangka masa sederhana dan panjang...Bak kata mama@Azizah Hassan, 1 alasan membunuh kejayaan 7 keturunan. Anda mahu disebabkan anda banyak memberi alasan, anda lambat bermula? Masa tetap berlalu walau kita berdolak dalih sekarang.

Pelanggan paling muda saya ialah baby berumur 4 bulan. Bukan baby tersebut yang menyimpan tetapi ibu kepada baby tersebut yang mengambil inisiatif demi pendidikan anaknya di masa hadapan. Duit raya 2013 bila dikira cukup untuk beliau bermula dengan silver bar 100g. Terus lock bersama saya 100g. Kata ibunya, jika duit raya ini disimpan dalam bentuk tunai, GERENTI TERGUNA nanti beli benda lain..Bila disimpan dalam bentuk emas@perak, wang tersebut telah diselamatkan dari kebocoran..

Sorang lagi pelanggan saya iaitu ada adik saya baru sahaja habis spm, kerja sementara di carwash, dapat kumpul RM110 terus alih kepada 10 dirham (pada harga itu yaa). Mudah kan.. Mula sahaja emas@perak mengikut budget masing-masing. Jika mampu, mula dengan dinar emas lebih kurang RM650. Jika tak mampu buat ansuran 4 kali sekitar RM162.50 sebulan. Cukup 4 bulan sudah simpan sekeping dinar. Jika masih tidak mampu,anda  mula dengan dirham perak sekitar RM113 sekarang ini (ketika artikel ini ditulis). 


Dirham Public Gold merupakan DIRHAM TERMURAH di pasaran ketika ini. 1 dirham (jenama x) beharga RM25. Jika beli 10 keping sudah RM250. Berbeza dengan 10 dirham PG yang hanya dijual RM113. Jika timbang berat tetap sama walau anda beli dengan harga RM250. Lagi satu, MUDAH MEMBELI MUDAH MENJUAL bersama PG. Sebabtu saya kata Public Gold MENGUTAMAKAN KEUNTUNGAN PELANGGAN.

Sesiapa siapa sahaja BOLEH BERMULA. Elakkan memberi alasan yang bakal membunuh kejayaan 7 keturunan anda.  Anda simpan emas dan perak ibarat anda tanam pokok durian. Pokok durian tidak terus berbuah keesokan harinya jika ditanam hari ini. Perlu sabar dengan masa. Sampai masanya, tibalah kita menuai hasil simpanan kita tersebut.
 

Hubungi saya Authorise Dealer Public Gold 011-1991 1472 atau register dan order online di PUBLIC GOLD(klik disini).

* Nota
Harga berubah setiap 20 minit. Harap maklum


Wallauaklam

Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas



No comments:

Post a Comment