Monday 16 September 2013

Pergi Haji dengan Emas berbaloikah?



Hai, Assalamualaikum

Semua orang yang beragama Islam pasti bercita-cita ingin menunaikan haji suatu hari nanti.. Apa perancangan kita untuk mencapai niat murni ini? Bagaimana dengan simpanan emas mampu menampung keperluan haji anda?

Katakan kos haji ialah RM10,000.00 kekal untuk 10 tahun akan datang. Kita lihat trend bilangan emas yang anda perlu sediakan  untuk perbelanjaan Haji anda. Jadual dibawah diambil bermula 2002-2011.



Tahun 2013 harga dinar ketika artikel ini ditulis 16/9/2013 adalah RM616. Jadi anda perlukan  17 dinar untuk tujuan haji anda. Jika pada tahun 2023, adakah harga emas tetap sama macam 2013? Belum tentu kan. Sekiranya anda sudah siapkan 17 dinar sekarang (2013), 10 tahun akan datang katakan harga dinar dianggarkan RM2000 sekeping (katakan kenaikan 200%) ,maka anda telah mempersiapkan RM34,000 untuk belanja haji anda. Cukup tak? Boleh bawa isteri anda tak? Boleh kan...Sekiranya Kerajaan tiba-tiba menaikkan kos untuk menunaikan haji kepada RM20,000, anda tetap masih mampu menampung PENINGKATAN harga tersebut dengan nilai dinar anda pada ketika itu..

Tetapi sekiranya anda masih tetap menyimpan wang kertas sebanyak RM10,000 (2013) di dalam akaun simpanan anda, 10 tahun akan datang nombornya masih kekal lebih kurang RM10,000 ++ sikit campur interest bank ada la dalam jumlah keseluruhan RM13,000. Sudah cukupkah untuk anda? Katakan tub-tub Kerajaan meningkatkan kos haji kepada RM20,000.00 anda terpaksa mencari tambahan RM7,000 bagi menampung kurangan tersebut.

So jadi pengguna bijak.. Anda tentukan mahu macam mana


Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas 

  

No comments:

Post a Comment