Wednesday 4 September 2013

Bagaimana saya mengenali pelaburan emas?

Salam

Kali ini saya akan ceritakan kepada anda bagaiman saya mengenali pelaburan emas......Pada satu hari pada tahun 2009, pada waktu itu saya baru bekerja dengan gomen, suatu hari saya tiba-tiba berfikir "Apa pelaburan / simpanan yang saya boleh buat yang boleh menjana income/meningkat nilai RM saya dimasa hadapan?" Saya pun google dan saya terbaca artikel tentang pelaburan emas. Bila saya google lagi dan lagi, saya dapati rata-rata blogger dan website menjelaskan emas merupakan port-folio terbaik sebagai medium pelaburan untuk masa hadapan. 

Dinar Kelantan 

Maka saya pun mula mencari syarikat-syarikat yang menjual emas di Malaysia pada ketika itu. Macam-macam juga jenama emas ini rupanya telah wujud. Dan akhirnya saya telah menyenarai pendekkan 3 syarikat untuk dipertimbangkan. 

1.Dinar Kelantan
2.Dinar Public Gold
3.Dinar Jenama "X"

Setelah berfikir panjang dan menyenaraikan PRO & CONS setiap syarikat pembekal dinar diatas, saya telah bertekad untuk memilih dinar Jenama "X" sebagai portfolio simpanan/pelaburan saya. Antara sebab penguat penyebab saya memilih jenama "X" ialah harganya murah sedikit dari Public Gold sekitar RM20 sekeping. Pada masa itu saya berpandangan emas tetap emas, emas cap gajah ke, cap unta ke, cap tapir ke, cap ayam ke semua itu tidak kisah selagi beratnya betul 4.25g dan ketulenan itu betul 22K. Bila perlu wang, pergi sahaja mana-mana AR-Rahnu, sewajarnya dapat dipajak dan nilai wang yang bakal diterima tetap sama. Jika pajak Dinar Kelantan katakan kita boleh dapat RM400, dinar jenama X pun bakal mendapat nilai yang sama kerana ia bersandarkan kepada berat yang sama dan ketulenan yang sama...  Maka saya terus hubungi pembekal jenama X dan bermulalah saya simpan 7 keping jenama X.

Dinar PG ( Gambar adalah hisan)

Pada tahun 2013, saya telah membawa dinar-dinar saya untuk dicairkan kepada tunai di beberapa Ar-Rahnu sekitar Kajang dan Sg Besi. Malangnya dinar-dinar tersebut tidak dapat dipajakkan. Bila ditanya kenapa tidak terima dinar saya? Alasan yang diberi oleh kedai pajak adalah....JENAMA....Saya bertanya lagi, jenama apa yang tuan terima? Pemajak menjawab, jika abang ada Dinar Kelantan atau Dinar PUBLIC GOLD, kami KOMFIRM TERIMA. ....wowo... Terpukul rasanya saya....bukan satu kedai pajak malah beberapa kedai pajak memberi alasan yang sama... Saya bertanya lagi, bagaimana pula jika saya ada jongkong emas jenama Y (jenama yang pernah diserbu oleh BNM) .. Mereka menjawab, jenama yang tak dikenali atau pernah bermasalah dengan BNM kami memang tidak terima... Saat itu baru saya tahu, jika hendak membeli emas pun perlu kepada jenama yang dikenali.

Dengan perasaan sedih saya terpaksa trade in di PG semua dinar emas saya. Bagi saya, daripada emas ini mengeras dan tidak boleh digunakan, lebih baik saya Let Go sahaja. Saya memilih untuk menukar kepada bentuk Dinar PG.

Pengalaman dan pengajaran yang cukup mahal yang saya terima kali ini. Kesimpulan yang saya dapat buat dari insiden ini adalah "Beli EMAS pastikan BERJENAMA supaya mudah dipajak bila perlu RM suatu hari nanti". Semenjak itu saya terus bertukar kepada PG sampailah sekarang.

Sekian dulu sharing malam-malam ni


Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Kajang 




   




No comments:

Post a Comment