Wednesday 30 October 2013

Skim Cepat Kaya Bertopeng Pelaburan Emas Masih Wujud. Berhati-Hati!


Hai.. Apa khabar semua pembaca.. Maaf lambat yaa saya update blog saya. Agak sibuk kebelakangan ini dengan tugasan harian.


Hari ini zaff telah membuka Booth di Tesco Ampang dan telah menemukan seorang pakcik yang pernah terkene dengan pelaburan emas skim 30/70. Kasian, duitnya lebur terus dengan capital yang amat tinggi.Beliau melabur untuk SEKILO emas. Bayangkan, jika anda yang terjebak dengan skim itu atau apa jua skim yang ada dipasaran kini? Apa perasan anda? Pakcik tadi memang phobia dah gara2 skim pelaburan emas TEMBERANG yang telah memakan hasil kerja kuat selama ini dengan rakus sekali. Zaff rasa kasian tetapi nasi telah menjadi bubur. Zaff gembira dapat membantu dan menasihatkan pakcik tersebut sebab Allah masih sayangkan pakcik sebab itu bertemu dengan saya.

Nampak x rakan2..Dalam memilih urusan pembelian EMAS yang telus, kita juga perlu ada ILMU EMAS. ILMU EMAS amat besar nilainya dan SENJATA PENDINDING dari kena tipu dan terus ditipu.

Saya ada ilmu EMAS..Saya bersama platform EMAS yang telus serta tulen-PUBLIC GOLD
Pakcik tersebut gembira berjumpa saya.


http://tinyurl.com/zhafrihamid
Zaff




Disini zaff nak share artikel dari my mentor iaitu En Syukor Hashim.. harapnya bermanfaat 

 --------------------------------------------------------------
Pada 4/10/2013 Team Majalah Niaga (www.majalahniaga.com) telah menulis satu artikel yang menarik.
Di dalam artikel ini team Majalah Niaga telah membongkarkan kisah dan ciri-ciri MLM yang memanipulasikan ahli-ahlinya. Kemudian, Majalah Niaga membuat analisis panjang lebar tentang perkembangan skim cepat kaya di Malaysia.
majalah_niaga_skim_cepat_kayaGambar: Artikel dari www.majalahniaga.com
Memandangkan saya tidak terlibat dengan aktif dengan MLM (sekadar jadi ahli Cosway ajer) maka saya kongsikan apa yang saya tahu sahaja.
> Ada MLM yang betul (ada produk dan sistem, very establish)
> Ada MLM yang palsu (money game, fokus kepada rekrut ahli)
> Ada pelaburan emas yang betul
> Ada pelaburan emas yang palsu.

Fokus saya adalah kepada skim cepat kaya.

Saya akan fokus panjang tentang skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelaburan emas.
Walaupun beberapa syarikat skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas seperti Genneva telah diserbu dan pengarahnya dihadapkan ke mahkamah, masih wujud lagi syarikat-syarikat di luar sana yang menjalankan skim cepat kaya.

Awas tuan-tuan dan puan puan. Skim-skim ini masih wujud!
Jika anda tidak berhati-hati, anda pasti rugi besar.
awas_skim_pelaburan_emasGambar: Awas dengan skim cepat kaya

Timeline skim cepat kaya di Malaysia (copy dari artikel Majalah Niaga)

Skim cepat kaya tahun 1980 – 1990

pak_man_teloDaripada tahun 1980-an sehingga 1990-an generasi lama menyaksikan kejatuhan skim-skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Labu Peram, Platinum Lane, Skim 350 dan banyak lagi. Ketika ini, perbankan Internet masih tidak wujud.
Majoriti pelaburan dibuat melalui serahan tangan dan melalui mesin deposit tunai. Pulangan pelaburan pula ada yang dihantar menggunakan kenderaan ke rumah-rumah pelabur. Selepas kes serbuan dan penutupan skim ini, ia terus senyap sepi.
Komen saya: Ayah saya sendiri merupakan mangsa skim cepat kaya Pak Man Telo. Rugi RM10,000. Lepas tu ramai-ramai cuba appoint lawyer utk fight kes dan dapat balik duit. Pun tak dapat duit balik. 





Skim cepat kaya tahun 2006 – 2007

swisscash_scam
Pada tahun 2006, fenomena skim cepat kaya kembali gempar dengan kemunculan berpuluh-puluh syarikat pelaburan Internet seperti Swiss Cash, EA Index, DanaFutures, E-Barrel, Arabic Fund dan banyak lagi.
Pada tahun 2007, skim-skim pelaburan Internet ini mula ditutup dan pusat operasi mereka diserbu oleh pihak berkuasa.
Majoriti penganjur-penganjur dan individu di sebalik tabir skim ini masih bebas kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka.
Komen saya: Saya sendiri pernah terjebak dalam skim cepat kaya internet seperti autosurf  Studiotraffic (klik sini), 12dailypro (klik sini) dan HYIP (High Yield Investment Program).
Semuanya lebur duit. Selepas itu muncul Swiss Cash dan macam-macam fund lagi. Tapi saya dah taubat tak nak join lagi. Memang akan hangus duit. 

Skim cepat kaya tahun 2008 – 2010

Penganjur sama yang terlibat di dalam pelaburan Internet pada tahun 2006 kembali dengan cara lebih kreatif. Kali ini, mereka mengaktifkan semula skim ini dengan cara mendaftar sebagai koperasi.
Mereka menyalahgunakan lesen koperasi untuk kutip duit melabur dan dijanjikan pulangan lumayan sama ada melalui ‘introducer bonus’ atau melalui pelaburan dibuat. Mereka meyakinkan pelabur dengan mengatakan pelaburan yang dibuat itu dilaburkan di dalam sektor pertanian, penternakan dan hartanah.
Mereka mendakwa koperasi mereka memiliki tanah-tanah seluas berhektar-berhektar untuk digunakan atas tujuan-tujuan di atas. Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi pulangan setiap bulanan diterima. Pembayaran keuntungan itu dibuat tanpa dijelaskan terperinci mengenai prestasi perniagaan. Akaun-akaun perniagaan mereka juga tidak diaudit.
Majoriti koperasi yang mengamalkan skim pelaburan cepat kaya ini telah ditutup. Sebahagian sahaja diserbu dan dibekukan akaun oleh Bank Negara. Baki yang lain sengaja ditutup atas tujuan untuk melesapkan duit peserta. Penutupan itu telah dirancang lebih awal.
Komen saya: Tahun 2010, saya pernah diajak untuk join koperasi yang menawarkan pulangan bulanan. Kononnya koperasi ini terlibat dengan forex trading dan menjanjikan pulangan 3%-5% sebulan. Sekarang dah tutup. Ramai pelabur terlebur.

Skim cepat kaya tahun 2011 – 2013 (kita sekarang berada disini!!)

Baca dengan teliti. Ini adalah trend skim cepat kaya pelaburan emas sekarang!
You-are-here
Tamat kisah skim cepat kaya koperasi , kini timbul pula skim berasaskan Forex dan Emas.
Kami tidak mahu mengulas panjang mengenai skim pelaburan emas berikutan kes serbuan ke atas syarikat Genneva pada tahun lepas dan tempoh hari 5 individu berkait rapat dengan syarikat ini akan dihadapkan ke Mahmakan Seksyen atas tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM 937 juta.
Hati-hati dengan mana-mana syarikat pelaburan emas yang menawarkan pulangan setiap bulan atas pembelian emas. Ia satu operasi bisnes yang tidak logik. Cara betul ialah dengan membeli emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas di kedai-kedai emas atau melalui institusi kewangan berlesen. Keuntungan diperolehi melalui jualan semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi.
Berkenaan dengan Forex pula, kami tidak mahu mengulas mengenai urusniaga mata wang asing melalui Internet yang dibuat secara individu. Walaupun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun status hukumnya masih diperdebatkan di kalangan pedagang-pedagang Forex.
Kami hanya mahu mengulas mengenai segelintir syarikat yang menjadikan Forex sebagai wayang. Syarikat-syarikat ini membina platform graf yang dipanggil Metatrader4. Mereka membenarkan klien membuka akaun Forex sama ada akaun Demo atau Real. Syarikat ini kelihatan seperti memenuhi kriteria dan ciri-ciri asas broker Forex yang sah.

Namun, itu semua dibuat untuk mengaburi mata. Di belakang tabir, syarikat ini menawarkan pulangan bulanan di atas pelaburan yang dibuat. Laman web broker ini juga tidak menunjukkan dengan jelas siapa pengasas, board of directors, dan staf-staf yang terlibat. Ayat-ayat di laman web mereka adalah skrip sama yang dipakai oleh laman-laman web syarikat skim cepat kaya yang lain.
Mereka juga menyatakan kononnya mereka didaftarkan secara sah di negara-negara seperti Cyprus, Panama, Virginia Island, South Africa dan di lokasi-lokasi luar pesisiran pantai.

Modus operandi di belakang tabir ialah, apabila klien mendepositkan jumlah tertentu untuk membuka akaun Forex, duit dagangan mereka itu akan dipaparkan di skrin ‘trading station’. Untuk menarik minat klien atau pelabur, biasanya mereka akan ditawarkan bonus berupa modal tambahan di dalam akaun merekaContohnya, klien mendeposit 1000 usd, mereka akan diberi modal tambahan sebanyak 1000 usd, menjadikan jumlah modal untuk didagangkan di pasaran Forex berjumlah 2000 usd.

Dari manakah duit itu datang? Duit yang dipaparkan itu sebenarnya hanya wujud ‘on screen’sahaja. Modal tambahan itu sebenarnya tidak wujud dan biasanya diberikan syarat-syarat tertentu supaya pelabur sukar untuk melakukan pengeluaran.
Di belakang tabir, deposit asal itu dipusing untuk membayar pelabur lama dan membayar komisyen kepada pihak yang menjadi ‘introducer’. Dagangan Forex mereka seolah-olah dilakonkan di skrin sahaja. Ia sebenarnya tidak wujud, yang wujud hanyalah ‘money game’semata-mata.

Apakah trend skim pelaburan emas sekarang?

Komen saya: Modus operandi skim pelaburan emas sekarang masih tak berubah.
1. Anda dapat pulangan bulanan yang tinggi.
2. Bila anda tanya penganjur, kenapa mereka mereka boleh offer pulangan lumayan? Tiada jawapan yang konkrit akan diberikan.
3. Awas kalau anda beli emas tetapi emas tak dapat dalam tangan. Ini petanda skim tersebut rolling emas yang sama kepada pembeli berbeza. Contohnya penjual menggunakan 1 kilo emas (harga RM150,000) tetapi menjual emas yang sama kepada 10 orang pembeli. Jadi penjual akan kutip duit yang sangat banyak (jualan 10 kg emas = RM1.5 juta) tapi modal dia cuma 1 kg ajer.  Lepas itu penganjur akan buat money game. Duit RM1.5 juta itu dirolling untuk menbayar keuntungan yang tinggi kepada pelabur. Itu sebabnya mereka boleh bayar keuntungan lumayan. Ini namanya skim Ponzi. Lama-kelamaan akan runtuh bila tiada kemasukan pelabur baru.
4. Orang tertarik menyertai bukan kerana nak beli emas. Tetapi join kerana tertarik dengan pulangan bulanan.
P/s: Jika anda melabur emas bukan kerana emas, tapi lebih kepada tertarik dengan pulangan lain maka ITU BUKANLAH PELABURAN EMAS YANG SEBENAR!
Berhati-hatilah dengan syarikat yang beroperasi dengan kaedah ini.

Skim cepat kaya bertopengkan forex.

Tentang skim cepat kaya bertopengkan Forex (dan boleh trade emas online), saya meminta sahabat saya Noor Syufaad dari  www.melakafx.com untuk membuat ulasan.
Sebagai seorang trader sepenuh masa, beliau berpengalaman di dalam urusniaga Forex dan spot gold.
shufaadGambar: Saudara Noor Shufaad, full time trader (www.melakafx.com)
Komen Shufaad  ”Forex yang sebenar adalah bila seorang trader membuka akaun dengan broker yang sah dan trade sendiri menggunakan platform broker berkenaan. Platform pula biasanya web base atau MetaTrader4.
Trader akan mendepositkan wang  ke dalam akaun trading beliau dan dari situ beliau boleh trade secara live.
Trader tersebut perlu membuat analisis teknikal sendiri, ada sistem trading sendiri dan ada money management sendiri.
Trader menanggung 100% risiko dalam setiap position yang dibuka (selling ataubuying) .
Broker Forex tidak memberikan pendapatan bulanan, apatah lagi pairing bunus, matching bonus dan macam-macam bonus kepada trader.
“There’s no such thing as monthly income dalam forex trading. Itu semua skim cepat kaya. Nak mengaburi mata orang sahaja” ujar Shufaad.
Kalau anda nak faham tentang Forex scam, sila baca artikel ini:

Kajian kes tentang skim cepat kaya forex bertopengkan emas.

Satu contoh skim cepat kaya yang dah bungkus dan berselindung di sebalik nama perdagangan emas dan forex ialah Rapid Gold Currency Exchange – rapidgcx.com
Mula-mula skim ini hangat mendapat sambutan di web carigold. Mula-mula ramai leader-leader pujuk pelabur baru join, Lepas bermasalah terus senyap.
Ini hanyalah satu skim cepat kaya yang bertopengkan forex dan emas. Terdapat BERIBU lagi skim-skim cepat kaya yang bungkus dan menipu yang anda boleh baca kisahnya.
Tempat terbaik untuk anda belajar mengenai skim cepat kaya ialah di forum carigold. (www.carigold.com)
Forum Carigold : Pyramid/Ponzi/Merapu Program Stop Paying. Klik bawah
skim_cepat_kaya
Skim cepat kaya tahun 2014??
Kami tidak tahu apakah lagi idea-idea penganjur skim cepat kaya ini. Mereka terdiri daripada orang yang sama. Apabila sudah melesapkan duit pelaburan berjuta-juta ringgit, mereka akan rehat dahulu berbulan-bulan sebelum kembali dengan skim terbaru.
Mereka sungguh licik. Mereka akan terus menjadikan sesuatu produk, saham, emas, perak atau forex sebagai wayang untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan bakal pelabur supaya modus operandi sebenar di belakang tabir sukar dikesan.
Tidak mustahil pada tahun 2014, skim cepat kaya ini akan berlindung pula di sebalik nama kelab kebajikan. Itu jangkaan kami berdasarkan penubuhan beberapa kelab kebajikan yang mempunyai pelan pelaburan dengan pulangan tetap setiap bulan.
Akhir sekali, pegang pada kata-kata ini untuk menyelamatkan duit kita daripada hangus ditelan skim-skim anjuran syaitan bertopeng manusia…

Kesimpulan.

“There’s always a legitimate investment and there are always a fake and scam investment”
Siapkan diri anda dengan ilmu.
Anda akan terselamat.
Enough said :)


Credit to my mentor Syukor Hashim

Thursday 10 October 2013

Kisah pengalaman hidup-Berani Mengambil Peluang

Hai
 
Hari ni lepas jumaat tetiba terasa nak makan Ayam Uncle Bob. Singgah laa pasar lepas solat jumaat tadi. Boleh tahan, belum waktu "Official biz open" pun dah ada que tengah-tengah panas terik ni. Nak makan punya pasal, xpe, beratur je laa. Siapa tak kenal ayam Uncle Bob? Atau tak pernah melihatnya? Dahulu asalnya harganya RM5.50, kini sudah RM6.00.


Kalau datang petang2 kompom beratur panjang. Kalau  tak percaya cuba datang lepas opis hour ke pasar putrajaya.


Alkisah ni sebenarnya adalah cerita lama.Kisah saya ini berlaku sebelum Uncle Bob wujud lagi di pasaran pasar malam.. Saya tak ingat tahun berapa.maybe sekitar tahun 2005 jika tak silap.  Ceritanya bermula ketika saya berjalan seorang diri di pasar cina di Taman Connugh..Jalan2 lihat2 kan. Sedang berjalan-jalan mata saya melihat satu gerai menjual ayam gorang. Sangat ramai.ada 2 gerai yang sama.. Dok dekat2 lagi. Saya jadi hairan.. Istimewa sangat ke ayam gorang dia nie?. Walhal kalau nak makan ayam goreng best, kat tepi pasar tu wujud restoran KFC Taman Connugh tak jauh dari stall ayam tu.Nak order, mak aii kompom tak berani sebab tukang masaknya cina almaklumlah saya berada di pasar cina. Saya perhatikan dengan penuh minat. Hatiku terdetik.."Elok juga kalau saya membawa menu ini ke dalam pasaran pasar malam melayu, insyallah berhasil" . Even hatiku terdetik, tetapi TIADA TINDAKAN susulan yang saya buat.

Dan akhirnya seorang yang menggunakan jenama Uncle Bob membawa masuk menu tersebut ke pasaran melayu. Dan apajadi???.. Kaboom meletop-letop..Dengan sambutan yang memberangsangkan.. Saya rasa Tokey Uncle Bob dah mencapai tahap jutawan dengan menjual ayam goreng di pasar2. Alangkah baiknya jika saya sendiri yang berani mengambil risiko menjadi orang PERTAMA membawa masuk menu makanan ini di pasaran melayu. Pasti sekarang saya tak susah-susah kerja makan gaji. Jadi jutawan senyap bak kata Chef Li (cari bukunya..baguss)

Benda sudah lepas, maka lepaslah.. tak guna dikenangkan pun. Yang penting, hidup kita yang kedepan. Bagaimana kita mencoraknya. 

Sekarang saya memilih untuk bersama Platform Public Gold, mendidik masyarakat supaya menyimpan emas dan perak demi masa depan. Platform ini saya amat pasti ianya tepat, telus dan tulen. Ada macam-macam syarikat kat luar tu yang bermotifkan seakan sama. Benda seakan sama tapi realitinya berbeza.. Amat sayang sekiranya ada antara rakan-rakan yang belum melihat PG atau yang masih was-was mengenai ke"genuine"nya. Saya pernah melakukan kesilapan yang pertama dalam pelaburan emas pada tahun 2009 (boleh baca artikel disini), saya tidak mahu ada rakan-rakan lain mendapat nasib yang sama seperti saya yang dulu. 

Key word disini, dalam apa jua yang kita buat, kita kene berani mengambil peluang. Kalau saya berani mengambil peluang bawa menu ayam goreng tersebut, maybe saya sudah jadi jutawan franchais ayam goreng tersebut sekarang ketika usia saya 32 tahun ini. Saya terlambat. Orang lain rembat...Sekarang saya nampak dan sedar emas dan perak amat bagus untuk kita simpan tak kira lelaki ke perempuan. Pelindung nilai dan penyelamat sekiranya berlaku krisis ekonomi yang bakal berlaku bila-bila masa kelak. Kegawatan pasti berlaku sebab ikut kitarannya. Sunnatullah pasti datang. Tiada siapa mampu menyangkal kehadirannya secara tiba-tiba macam tahun 1997...

Saya graps tanpa banyak bicara. Terus fokus...Jika anda rasa simpanan emas ini baik untuk anda dan anak-anak, grap it juga..Jangan bertangguh kerana bila kita berlengah kita melepaskan peluang yang telah datang kepada kita. Harga yang bergerak datang dan pergi. Ia tidak menunggu kita menjemputnya. Fast Action Fast Result kawan. Tanpa tindakan, apa pun tak jadi... Lock sekeping.. saya ajar anda ilmu emas dan perak..

Sekian

Wasalam

zaff
11 Oktober 2013





Monday 7 October 2013

Seminar Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas oleh PAKAR EMAS MALAYSIA 9 OKTOBER 2013

Hai rakan2 dan pelawat blog mindaemas24k. Bagi yang berdekatan kajang bangi putrajaya cheras dengkel, zaff nak jemput ke seminar En Syukor Hashim (Penulis Buku Pertama Pelaburan Emas Dalam Bahasa Melayu Di Malaysia) bertajuk  "Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas". Berikut adalah butiran seminar:


Tarikh      :      9 Oktober 2013 (Rabu)
Masa       :      8.30 malam  
Lokasi     :      Public Gold Cawangan Kajang (dekat dengan KFC Sungai Chua)   
Bayaran   :      Masuk adalah PERCUMA







Biodata Penceramah

En Shukor Hashim (General Manager Public Dinar Sdn Bhd) merupakan tokoh pelaburan emas yang tersohor di Malaysia. Beliau telah memulakan pengkajian mengenai pelaburan emas semenjak 10 tahun yang lalu dan pada ketika itu masih belum ada sebarang rujukan mengenai pelaburan emas yang diterbitkan di dalam bahasa melayu. Beliau telah membuat pengkajian yang mendalam di dalam bidang ini dengan membeli dan mendapatkan bahan rujukan dari luar negara pada ketika itu. Akhirnya segala kajian beliau telah berjaya diterjemahkan dengan terhasilnya buku mengenai pelaburan emas yang “Pertama di Malaysia  Edisi Bahasa Melayu” dengan tajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” pada 2009. Di dalam buku tersebut beliau berjaya mengupas tajuk ini dengan lebih terperinci, tepat,  dan menyeluruh sehingga setiap pembaca yang membacanya dan memahaminya sepatutnya tidak akan mudah ditipu dengan apa jua skim atau penipuan yang berunsur emas yang berleluasa ketika ini.  Beliau kini kerap dijemput sebagai speaker dan aktif memberi ceramah  mengenai pelaburan emas yang betul dan tulen di seluruh Negara, Brunei dan Singapura.  Beliau juga kerap dijemput oleh Agensi Kerajaan dan Swasta antaranya LHDN, TV3 dan Koperasi-koperasi untuk berkongsi ilmu emas beliau. Beliau berharap agar dengan perkongsian yang diberikan akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia mengenai rahsia ilmu emas yang sebenar, betul, tepat dan yang penting selamat, serta berupaya membantu masyarakat membuat keputusan bijak dan mengelak dari sebarang bentuk penipuan yang berleluasa ketika ini.

Apa faedah kepada anda yang bakal anda perolehi?

1.Ilmu emas yang BETUL,TEPAT dan TULEN.
2.Bagaimana simpanan emas mampu mengelak kebocoran wang.
3.Rahsia emas yang ramai orang tidak ketahui walaupun logam emas ini sudah lama dilihat semenjak nenek moyang lagi.
4.Bagaimana anda mampu menjemput emas sebagai rezeki.
5.Paling tidak pun, anda bakal dapat pengetahuan untuk membenteng dari anda dari terjebak dengan pelbagai skim cepat kaya yang berleluasa ketika ini dan kadangkala menggunakan emas sebagai topeng penyamaran. Ramai orang melayu kita yang "tidak berilmu" mudah terpengaruh dan terjebak dengan pelbagai skim yang  menjanjikan yang manis-manis dan indah-indah belaka.





Real Testimoni dari En Syukor Hashim sendiri






Saya bangga dan kekal dengan Public Gold dari dulu sampai sekarang sebab saya NAMPAK Public Gold FOKUS kepada penyediaan produk-produk emas TERBAIK, pada harga TERBAIK, pada spread TERBAIK, pada sistem TERBAIK, mewujudkan branch di seluruh Malaysia yang memudahkan orang membeli dan menjual balik. Semua ini bertujuan untuk MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN PELABUR & PEMBELI. Syarikat lain fokus kepada sentiment tertentu yang tentunya bukan bertujuan untuk memaksimakan keuntungan pembeli. Sebagai orang yang mendidik emas, sudah tentu saya mahukan platform terbaik untuk pelabur dan pembeli dan bukan untuk diri sendiri.


 
 SMS 011.1991 1472 Zhafri utk tempahan seat anda

Sunday 6 October 2013

Sharing dari Seminar Pelaburan Dr Azizan Osman 5 Oktober 2013

Assalamualaikum
 
Semalam pada 5 Oktober 2013 berlangsung seminar pelaburan anjuran Richworks di Kelab Golf Shah Alam. Datang dengan niat untuk menambah ilmu, seminar ini telah dihadiri lebih kurang 600 orang dari seluruh Malaysia.Antara topik yang dibincangkan adalah Saham, Hartanah dan Pelaburan Emas
 
Satu perkara yg diungkapkan mengenai pelaburan Emas oleh Speaker Seminar Pelaburan Anjuran Richworks semalam. Yang mana rules ini merupakan rules wajib bagi sesiapa yang ingin melabur di dalam emas..

Rules tersebut adalah:

1. Beli emas mesti dapat emas dan bukan surat/dividen/buku emas.

2.Takde orang nak bagi kita untung SAJA-SAJA jer...

 
Speaker juga menyebut kenapa orang Melayu kita mudah terjebak dengan SKIM pelaburan emas. Sebabnya:

1.Orang melayu SESANGAT PEMURAH.
Wang takkan keluar dari poket kita jika kita tak keluarkannya. Jika kita terjebak, ini bermaksud anda sendiri yang merelakannya.

2.Tiada Ilmu
Buatlaa apa pun, hartanah ke saham ke apa ke, pastikan ada ilmu. Jangan buat tanpa ilmu. Bila tanpa ilmu sebab itulah ramai orang terjebak dengan skim yang akhirnya PASTI MEMAKAN DIRI.

Ada satu perkara penting yang tertinggal dari presentation beliau iaitu tips memaksimakan pelaburan emas dan membuat pelaburan emas tepat dan betul..tips ini pasti membantu ramai orang jika dihebahkan....tips tersebut adalah:

1.Spread (Beza Jual dan Beli) MESTI  RENDAH;
Simpan emas is Good tetapi Apa guna menyimpan emas yang mempunyai spread yang amat tinggi. Spread tinggi akan menyebabkan tempoh pulang modal akan menjadi panjang. Katakan anda membeli emas jongkong dari kedai emas dengan spread 20-30%. Anda memerlukan tempoh yang panjang silap-silap 5 tahun hanya untuk breakeven berbeza dengan syarikat yang boleh menawarkan spread yang rendah sebagai contoh PG 6% untuk dinar, sebarang kenaikan pasaran yang melebihi 6% anda sudah breakeven dengan cepat. Katakan jika proses breakeven mengambil masa 4 bulan, maka selepas 4 bulan, emas anda sudah menjana keuntungan.

2.Harga Pergram
Pilih syarikat yang boleh menawarkan harga pergram yang termurah dan terbaik. Setiap kedai emas, mengenakan upah tukang untuk setiap bentuk emas yang dijual. Lagi kompleks bentuknya, lagi mahal upah tukangnya. Jika kita mengambil contoh Public Gold, harga emas yang ditawarkan adalah TIADA UPAH TUKANG. Apa yang anda lihat di website maka itulah harganya (ada sedikit kos pengangkutan dikenakan dari Hq ke cawangan. Hanya itu sahaja dan ia minimal)
 
3.Pergerakan harga emas
Pilih syarikat yang kerap update harga emas dan mengikut harga dunia. Lagi kerap syarikat tersebut boleh update price lagi baik. Sebagai contoh kedai emas update setiap hari/minggu berbeza dengan PG update harga setiap 20minit sekali mengikut harga dunia di www.kitko.com. Bila harga kerap update, kita sebagai pelabur dan penyimpan boleh mengambil peluang bila-bila masa untuk lock emas kita pada HARGA TERBAIK.
 
4.Stock Avaibility
Pernah berlaku masa harga murah tempoh hari lepas, banyak kedai emas tidak memiliki stok emas. Jadi anda tidak dapat mengambil peluang harga terbaik sebab isu tersebut. Berbeza dengan PG, stok sentiasa ada dan anda boleh order bila-bila tanpa sebarang halangan. 

Beli emas Public Gold(PG) KOMPOM dapat emas
PG tidak memberi surat pajak atau dividen kepada anda
TERKINI, Emas PG diterima di Arrahnu Bank Rakyat...Kemudahan kepada pelanggan dan pelabur.... Ini menunjukkan jenama PG bukan jenama yang BIASA-BIASA sahaja.

So pilihan di tangan anda

Nota: Diharap post ni memberi nilai tambah kepada pembaca. Tiada niat mengata sesiapa, cuma nak menambah input kepada semua yang melawat blog ini.
 
Sedikit pemandangan di seminar DAO tersebut
 






 
Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas Perak
Dealer Sah Public Gold Marketing
011.1991.1472

Tuesday 1 October 2013

Mahu Nilai Harta Naik? Mahu elak wang bocor?Orang Sekitar Kajang Jom Pakat DATANG BERAMAI2 4 Oktober 2013 (Jumaat)

Hai rakan2 dan pelawat blog mindaemas24k. Bagi yang berdekatan kajang bangi putrajaya cheras dengkel, zaff nak jemput ke seminar Mama @Azizah Hassan bertajuk  Mudahnya Menjemput Emas dan Perak Sebagai Rezeki. Berikut adalah butiran seminar:
 
Tarikh      :      4 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa       :      8.30 malam
Lokasi     :      Public Gold Cawangan Kajang (dekat dengan KFC Sungai Chua) 
Bayaran   :      Masuk adalah percuma

Apa faedah seminar ini kepada anda?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan  apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.
Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.”- Puan Azizah Hassan @ mama 

Real Testimoni dari Mama sendiri

Public Gold adalah satu platform yang sebenar untuk pelaburan dan perniagaan emas. Alhamdulilah saya mula menyimpan emas Public Gold pada tahun 2008. Public Gold memberi saya peluang meraih pendapatan lumayan, sebagai usahawan, serta pelaburan tanpa risiko serentak. Rahsia menarik emas Public Gold sebenar membuat perniagaan saya meletop sekaligus saya “Bangkit dengan Emas Public Gold” setelah saya jatuh dengan pelaburan skim cepat kaya. Pelengkap kejayaan bersama Public Gold ini, saya menyusuri impian murni untuk terus mendidik ilmu emas secara percuma kepada mereka berminat. Terima Kasih Public Gold



Berminat?

Untuk tempahan seat, sms nama anda ke 011.1991.1472 Zhafri PG029556. Atau datang terus dan beritahu anda melihat iklan seminar ini di mindaemas24k.blogspot.... Sehingga jumpa anda disana.
 

BERITA TERKINI- Bank Rakyat sudah MENERIMA Public Gold???

TERGEMPAR!!!!!!! Berita terkini... Fresh from oven

Bank Rakyat kini telah menerima produk Public Gold sebagai medium Arrahnu... Lihat surat di bawah... Anda tidak perlu ragu2 lagi dgn keaslian dan ketulenan Public Gold.... sebarkan berita gembira ini di fb anda untuk manfaat semua.... 

Beli emas Public Gold dengan lebih ketenangan jiwa...Peace of Mind Bro... 

Mulakan simpanan dan pelaburan emas anda demi masa depan yang lebih baik.......

Jika Simpan 100k 10 tahun dahulu boleh membeli rumah 2 tingkat 20 * 60 , jika anda ada 100k sekarang anda hanya boleh beli rumah pangsa sahaja  . Itu pun silap2 dah tak dapat dah harga tu. rumah makin mahal.. Nilai RM makin susut walau nombor nampak besar.


Simpan Emas anda simpan Nilai
Simpan Wang anda simpan nombor.

Anda Tentukan!!!

PM saya 

Muhamad Zhafri Abdul Hamid
011.1991 1472
3/10/2013