Wednesday 4 September 2013

Tips Penting Sebelum Memilih Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Kali ni saya ingin berkongsi sedikit tips terlebih dahulu apa yang anda perlu perhatikan sebelum memilih mana-mana syarikat untuk membuat pelaburan emas anda. Tipsnya adalah:

1.  Susut Nilai (Spread)
     
     Apa itu Spread@Susut Nilai? Setiap aset sebagai contoh motor, kereta, mesin etc mempunyai susut nilai   tersendiri. Untuk memudahkan pemahaman anda perhatikan contoh berikut: 

Beli rantai emas hari ini RM1000, jika esok saya mahu jual balik, berapa ditolak dari nilai emas ini. Sudah pasti anda tidak akan terima genap RM1000 kan... Oleh itu, apa yang kurang itu kita panggil sebagai susut nilai@spread. Jelas?

Bagaimana mengira Spread di dalam pelaburan emas?

Spread  = Harga Jual (We Sell) - Harga Beli (We Buy) / Harga Jual (We Sell) x 100

Anda kena pastikan bahawa spread ini adalah kecil. Ini penting untuk memastikan anda cepat pulang modal. Lagi kecil lagi bagus. Jika syarikat menawarkan spread besar, lebih baik anda pertimbangkan elok-elok.


2.Pergerakan Harga Emas

     Pilih harga yang berubah mengikut pasaran dunia ie sentiasa UPDATE. Sebagai contoh, harga Public Gold update setiap 20 minit sekali. Harga emas di kedai emas update setiap hari sekali atau seminggu sekali. Jika harga dunia mahal, cepat sahaja kedai emas update. Bila harga emas turun, kedai emas melambat-lambat update harga mereka. Kalau anda tidak percaya anda boleh semak sendiri perkara ini. Semasa saya outstation di Sarawak, ketika itu dalam bulan 5/2013 harga dunia tengah murah. Harga PG ketika itu 1g 999 sekitar RM140/gram saya singgah di kedai Pak Habib harga yang ditawarkan adalah RM165/gram.

3.Stock Avaibility

     Stock Avaibiliti juga sangat penting. Pilih syarikat yang sentiasa ada stok bila-bila masa diperlukan. Semasa di Sarawak, saya bertanya tentang silver bar 1 kg. Harga pak habib RM3500 harga PG pula RM2700 pada ketulenan yang sama 999. Saya bertanya lagi, jika saya berminat, bolehkah saya terus mendapatkannya? Jurujual menjawab, jika En berminat  kene tunggu sebulan lagi. Rata-rata kedai emas kehabisan stok ketika harga emas murah tempoh hari. Berbeza dengan PG, bila-bila masa anda boleh order dan mendapatkan stok anda. Jika anda hendak mendapatkan even goldbar 5 kg setiap hari pun insyalah tiada masalah kerana PG ada kilang emas sendiri oleh itu stok sentiasa ada jika anda ingin memilikinya. 

4.Harga per gram    

     Lain syarikat lain harga pergramnya. Pilihlah yang terbaik.

5.Senang Membeli dan Senang Menjual

    Pilihlah syarikat yang menawarkan kemudahan ini. Biar mudah membeli, mudah menjual. PG menyediakan platform yang sangat mudah untuk menjual dan membeli emas. Anda boleh membuat tempahan secara online (klik disini) atau hubungi saya do 011-1991 1472. Public Gold ada 18 cawangan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Jika anda hendak menjual juga anda boleh jual kembali kepada PG dengan mudah. Jenama PG ini juga diterima oleh banyak Ar-Rahnu termasuk Ar-Rahnu Pos Malaysia jika anda perlukan wang terdesak. 

Tips:
Jangan Susah membeli, susah menjual. Atau susah nak pajak. Ia bakal menyusahkan anda kelak. Senang membeli susah nak jual juga bukan perkara yang menguntungkan anda.  


Sedikit tips dari saya. Semoga bermanfaat


Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas
 
  

No comments:

Post a Comment