Thursday 5 September 2013

Emas Fizikal dan Emas Bukan Fizikal AKA Emas Buku.. Ada beza ke?

Assalamualaikum wr

Pernah saya menerima PM di FB:zafgold (itu saya lah). Seorang kenalan jauh bertanyakan soalan berikut: Apa bezanya Emas bentuk fizikal dan buku pelaburan emas yang dikeluarkan oleh bank-bank seperti Public GIA. Jawapan saya amat mudah. Jika anda membeli emas fizikal anda mendapat emas ditangan. Jika anda membeli emas bukan fizikal @buku, anda hanya mendapat sebuah buku yang mencatat nilai emas anda.

Faham tak? Saya mudahkan lagi dengan contoh. Bila anda membeli emas fizikal, ibarat anda membeli kambing dan anda dapat kambing. Dengan kambing tersebut anda boleh laa buat sesuka hati anda samaada nak sembelih ke, nak buat rendang ke, nak buat akikah ke apa-apa sahaja lah. Berbeza dengan emas buku pula ibarat anda membeli kambing anda mendapat "gambar" kambing. So apa nak buat dengan gambar ni? Kalau anda lapar dan terdesak, boleh ke sembelih? Boleh ke buat gulai? Boleh buat apa-apa ke? Anda jawablah soalan tersebut.


Dengan Emas fizikal di tangan anda boleh pajakkan emas tersebut di Ar-Rahnu untuk mendapatkan tunai jika keadaan terdesak seperti nak buat pusingan modal berniaga, atau nak rebut peluang keemasan menggandakan stok emas ketika harga murah dan seumpama dengannya. Jika anda ada buku simpanan emas, anda tidak boleh berbuat apa-apa melainkan menjualnya jika keadaan mendesak walaupun anda bakal rugi disebabkan mungkin masa anda beli harga emas itu masih mahal dan masa anda jual  ketika itu harga emas tengah jatuh..... . Untuk makluman anda, Buku Pelaburan Emas anda tidak diterima di  dimana-mana Ar-Rahnu yaa jika anda mahu buat pajakan untuk mendapatkan tunai.

Emas Fizikal dan Bukan Fizikal ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Saya akan kupas tajuk ini panjang lebar kemudian......wasalam


Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas

No comments:

Post a Comment