Thursday 5 September 2013

Kenapa anda perlu menyimpan emas?

Assalamualaikum w.r

Sebanarnya ada banyak sebab kenapa anda perlu menyimpan emas. Kali ini saya hanya menyentuh sebab paling utama bagi saya kenapa kita semua perlu menyimpan emas. Sebabnya adalah untuk mengelak kebocoran wang.. Mengapa saya mengatakan simpan emas mampu elak kebocoran wang??
 
1.Tunai bila Belanja rasa seronok = WANG BOCOR


Semenjak dari kecil kita sudah diperkenalkan dengan wang. Apa saja yang kita mahukan sebagai contoh gula-gula, jajan, mainan, asalkan kita minta kepada ibu bapa kita, rata-rata mereka akan membelikan terus untuk kita. Paling tidak pun mereka akan memberikan kita wang dan mengarahkan kita pergi membeli sendiri... Saya masih ingat lagi semasa saya mula-mula belajar pergi ke kedai runcit buat pertama kali ketika itu saya masih tadika. Ketika itu, cikgu mengarahkan kami untuk membeli gunting. Saya pun meminta kepada ayah wang dan ayah berikan wang tetapi dalam jumlah yang tidak mencukupi. Beberapa kali saya berulang alik dari rumah saya diatas bukit ke kedai runcit yang terletak dibawah bukit disebabkan wang tidak cukup untuk membeli gunting tersebut. Akhirnya setelah 5 kali mencuba (ingat-ingat lupa berapa kali) barulah berjaya membeli gunting tersebut. Selepas berjaya mendapat apa yang diperlukan, saya rasa gembira..Anda juga pasti akan merasa gembira kan jika mendapat apa yang dihajati kan? Itu kita panggil psikologi. Psikologi kita bila dapat wang dan boleh pulak belanja akan rasa syok.. Saya mudahkan seperti berikut: 


Katakan anda mendapat wang RM1000 dan wang tersebut ada di tangan anda. Apa yang otak anda akan fikirkan? Adakah ia berfikir dimana nak belanja, apa yang boleh dibeli, hutang mana boleh dibayar atau fikir sebaliknya seperti  bagus simpan semuakah, medium apa mahu disimpang wang ini? Anda tahu jawapannya...Biasanya kita dah last-last baki gaji baru berfikir untuk menyimpan.. Ini tindakan yang salah...Kene pulak bulan tu defisit, terus tak jadi menyimpan bulan tersebut....


Berbeza dengan emas. Bila anda sudah bermula sekeping komfom anda akan rasa seronok@syok. Emas ini mempunyai aura tersendiri. Dalam Al-Quran juga menyebut manusia memang ada kecenderungan terhadap EMAS.  Saya ambil contoh isteri. Jika dia sudah biasa mendapat hadiah barang kemas setiap tahun dari suaminya, tiba-tiba, tahun berikutnya suaminya tidak menghadiahkan dia barang kemas, komfom merajuk isterinya  tu...... Emas mempunyai sifat iaitu bila disimpan akan mendatangkan perasaan seronok@syok. Makin banyak makin seronok.... Saya mudahkan seperti berikut:


Jika anda tidak percaya, cuba simpan sekeping dinar emas atau barang kemas. Pasti anda akan ada perasaan untuk menambah gram emas anda. Anda cuba baru anda tahu.

2.Tunai jika dipinjam orang =WANG BOCOR 



Wang anda pernah dipinjam kawan? Rata-ratanya pernah. Bila kawan nak pinjam manis je janjinya..Tapi bila bab nak bayar, liat sesangat..... Sebabtu jika anda ada tunai dan kawan anda tahu anda berwang, mulalah nak pinjam dari anda. Macam-macam lah cerita sedih/cerita emergency yang dia cerita sampai kita pun kesian je.. Bagi je lah wang yang dia nak

Berbeza pula jika wang anda telah menjadi kepingan emas, jarang laa kawan-kawan datang jumpa nak pinjam emas anda.. tak pernah dibuat orang

3.Tunai masuk skim=WANG BOCOR



Pernah tak anda mendengar orang yang tiba-tiba dapat banyak duit sebagai contoh duit gratuiti, jual tanah dan seumpama dengannya, dengan cepat mereka menghabiskan duit... Kenapa berlaku begitu? Ini kerana, bila seseorang mendapat wang yang banyak, otaknya akan ligat berfikir.. bagaimana mahu menggandakan wang itu. Mulalah mencari-cari peluang pelaburan AKA SKIM. Kebanyakan skim pulak menjanjikan yang manis-manis sahaja seperti pulangan yang lumayan, setiap bulan goyang kaki wang masuk tak henti-henti dan macam-macam laah.Jarang skim itu nak beritahu, risiko biznes ni tanggung laa sendiri.Ramai orang melayu kita ni sudah terjebak dengan skim-skim nak cepat kaya ni. Masuk skim akan bocor wang tak? Anda tahu jawapannya....

Jika wang tersebut bila terima terus dialihkan ke dalam bentuk emas, komfirm otak kita akan kata mana nak simpan emas-emas ni sekiligus mengelak anda dari terjebak dengan apa jua skim yang bakal merugikan anda.

Jika anda mahu menyimpan harta dalam bentuk tunai memang anda susah mahu menjadi kaya. Tetapi jika anda menyimpan aset sebagai contoh tanah, rumah, emas insyallah anda bakal kaya. Yang membezakan ketiganya adalah modal awal..Nak beli rumah, sekarang makin mahal siap nak upkan 10% lagi harga rumah, Tanah pun dah tak murah, So emas lah paling mudah, boleh bermula dalam kuantiti yang termampu....Jika anda ada 10 kilo emas tapi anda tidak berwang anda tetap dipanggil orang kaya...tak ke begitu.

Wallahuaklam

Wasalam


Muhamad Zhafri Abdul Hamid
Mentor Muda Emas

 
 

No comments:

Post a Comment