Hai.. Apa khabar semua pembaca.. Maaf lambat yaa saya update blog saya. Agak sibuk kebelakangan ini dengan tugasan harian.
Hari ini zaff telah membuka Booth di Tesco Ampang dan telah
menemukan seorang pakcik yang pernah terkene dengan pelaburan emas skim 30/70.
Kasian, duitnya lebur terus dengan capital yang amat tinggi.Beliau melabur
untuk SEKILO emas. Bayangkan, jika anda yang terjebak dengan skim itu atau apa
jua skim yang ada dipasaran kini? Apa perasan anda? Pakcik tadi memang phobia
dah gara2 skim pelaburan emas TEMBERANG yang telah memakan hasil kerja kuat
selama ini dengan rakus sekali. Zaff rasa kasian tetapi nasi telah menjadi
bubur. Zaff gembira dapat membantu dan menasihatkan pakcik tersebut sebab Allah
masih sayangkan pakcik sebab itu bertemu dengan saya.
Nampak x rakan2..Dalam memilih urusan pembelian EMAS yang
telus, kita juga perlu ada ILMU EMAS. ILMU EMAS amat besar nilainya dan SENJATA
PENDINDING dari kena tipu dan terus ditipu.
Saya ada ilmu EMAS..Saya bersama platform EMAS yang telus
serta tulen-PUBLIC GOLD
Pakcik tersebut gembira berjumpa saya.
http://tinyurl.com/zhafrihamid
Zaff
Disini zaff nak share artikel dari my mentor iaitu En Syukor Hashim.. harapnya bermanfaat
--------------------------------------------------------------
Pada 4/10/2013 Team Majalah Niaga (www.majalahniaga.com) telah menulis satu artikel yang menarik.
Tajuknya ialah “Manipulasi Bisnes MLM & Skim Cepat Kaya (klik)”
Di dalam artikel ini team Majalah Niaga telah membongkarkan kisah dan ciri-ciri MLM yang memanipulasikan ahli-ahlinya. Kemudian, Majalah Niaga membuat analisis panjang lebar tentang perkembangan skim cepat kaya di Malaysia.
Memandangkan saya tidak terlibat dengan aktif dengan MLM (sekadar jadi ahli Cosway ajer) maka saya kongsikan apa yang saya tahu sahaja.
> Ada MLM yang betul (ada produk dan sistem, very establish)
> Ada MLM yang palsu (money game, fokus kepada rekrut ahli)> Ada pelaburan emas yang betul
> Ada pelaburan emas yang palsu.
Fokus saya adalah kepada skim cepat kaya.
Saya akan fokus panjang tentang skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelaburan emas.
Walaupun beberapa syarikat skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas seperti Genneva telah diserbu dan pengarahnya dihadapkan ke mahkamah, masih wujud lagi syarikat-syarikat di luar sana yang menjalankan skim cepat kaya.
Awas tuan-tuan dan puan puan. Skim-skim ini masih wujud!
Jika anda tidak berhati-hati, anda pasti rugi besar.
Timeline skim cepat kaya di Malaysia (copy dari artikel Majalah Niaga)
Skim cepat kaya tahun 1980 – 1990
Daripada tahun 1980-an sehingga 1990-an generasi lama menyaksikan kejatuhan skim-skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Labu Peram, Platinum Lane, Skim 350 dan banyak lagi. Ketika ini, perbankan Internet masih tidak wujud.
Majoriti pelaburan dibuat melalui serahan tangan dan melalui mesin deposit tunai. Pulangan pelaburan pula ada yang dihantar menggunakan kenderaan ke rumah-rumah pelabur. Selepas kes serbuan dan penutupan skim ini, ia terus senyap sepi.
Komen saya: Ayah saya sendiri merupakan mangsa skim cepat kaya Pak Man Telo. Rugi RM10,000. Lepas tu ramai-ramai cuba appoint lawyer utk fight kes dan dapat balik duit. Pun tak dapat duit balik.
Skim cepat kaya tahun 2006 – 2007
Pada tahun 2006, fenomena skim cepat kaya kembali gempar dengan kemunculan berpuluh-puluh syarikat pelaburan Internet seperti Swiss Cash, EA Index, DanaFutures, E-Barrel, Arabic Fund dan banyak lagi.Pada tahun 2007, skim-skim pelaburan Internet ini mula ditutup dan pusat operasi mereka diserbu oleh pihak berkuasa.Majoriti penganjur-penganjur dan individu di sebalik tabir skim ini masih bebas kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka.
Komen saya: Saya sendiri pernah terjebak dalam skim cepat kaya internet seperti autosurf Studiotraffic (klik sini), 12dailypro (klik sini) dan HYIP (High Yield Investment Program).
Semuanya lebur duit. Selepas itu muncul Swiss Cash dan macam-macam fund lagi. Tapi saya dah taubat tak nak join lagi. Memang akan hangus duit.
Skim cepat kaya tahun 2008 – 2010
Penganjur sama yang terlibat di dalam pelaburan Internet pada tahun 2006 kembali dengan cara lebih kreatif. Kali ini, mereka mengaktifkan semula skim ini dengan cara mendaftar sebagai koperasi.Mereka menyalahgunakan lesen koperasi untuk kutip duit melabur dan dijanjikan pulangan lumayan sama ada melalui ‘introducer bonus’ atau melalui pelaburan dibuat. Mereka meyakinkan pelabur dengan mengatakan pelaburan yang dibuat itu dilaburkan di dalam sektor pertanian, penternakan dan hartanah.Mereka mendakwa koperasi mereka memiliki tanah-tanah seluas berhektar-berhektar untuk digunakan atas tujuan-tujuan di atas. Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi pulangan setiap bulanan diterima. Pembayaran keuntungan itu dibuat tanpa dijelaskan terperinci mengenai prestasi perniagaan. Akaun-akaun perniagaan mereka juga tidak diaudit.Majoriti koperasi yang mengamalkan skim pelaburan cepat kaya ini telah ditutup. Sebahagian sahaja diserbu dan dibekukan akaun oleh Bank Negara. Baki yang lain sengaja ditutup atas tujuan untuk melesapkan duit peserta. Penutupan itu telah dirancang lebih awal.
Komen saya: Tahun 2010, saya pernah diajak untuk join koperasi yang menawarkan pulangan bulanan. Kononnya koperasi ini terlibat dengan forex trading dan menjanjikan pulangan 3%-5% sebulan. Sekarang dah tutup. Ramai pelabur terlebur.
Skim cepat kaya tahun 2011 – 2013 (kita sekarang berada disini!!)
Baca dengan teliti. Ini adalah trend skim cepat kaya pelaburan emas sekarang!
Tamat kisah skim cepat kaya koperasi , kini timbul pula skim berasaskan Forex dan Emas.Kami tidak mahu mengulas panjang mengenai skim pelaburan emas berikutan kes serbuan ke atas syarikat Genneva pada tahun lepas dan tempoh hari 5 individu berkait rapat dengan syarikat ini akan dihadapkan ke Mahmakan Seksyen atas tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM 937 juta.Hati-hati dengan mana-mana syarikat pelaburan emas yang menawarkan pulangan setiap bulan atas pembelian emas. Ia satu operasi bisnes yang tidak logik. Cara betul ialah dengan membeli emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas di kedai-kedai emas atau melalui institusi kewangan berlesen. Keuntungan diperolehi melalui jualan semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi.Berkenaan dengan Forex pula, kami tidak mahu mengulas mengenai urusniaga mata wang asing melalui Internet yang dibuat secara individu. Walaupun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun status hukumnya masih diperdebatkan di kalangan pedagang-pedagang Forex.Kami hanya mahu mengulas mengenai segelintir syarikat yang menjadikan Forex sebagai wayang. Syarikat-syarikat ini membina platform graf yang dipanggil Metatrader4. Mereka membenarkan klien membuka akaun Forex sama ada akaun Demo atau Real. Syarikat ini kelihatan seperti memenuhi kriteria dan ciri-ciri asas broker Forex yang sah.
Namun, itu semua dibuat untuk mengaburi mata. Di belakang tabir, syarikat ini menawarkan pulangan bulanan di atas pelaburan yang dibuat. Laman web broker ini juga tidak menunjukkan dengan jelas siapa pengasas, board of directors, dan staf-staf yang terlibat. Ayat-ayat di laman web mereka adalah skrip sama yang dipakai oleh laman-laman web syarikat skim cepat kaya yang lain.Mereka juga menyatakan kononnya mereka didaftarkan secara sah di negara-negara seperti Cyprus, Panama, Virginia Island, South Africa dan di lokasi-lokasi luar pesisiran pantai.
Modus operandi di belakang tabir ialah, apabila klien mendepositkan jumlah tertentu untuk membuka akaun Forex, duit dagangan mereka itu akan dipaparkan di skrin ‘trading station’. Untuk menarik minat klien atau pelabur, biasanya mereka akan ditawarkan bonus berupa modal tambahan di dalam akaun mereka. Contohnya, klien mendeposit 1000 usd, mereka akan diberi modal tambahan sebanyak 1000 usd, menjadikan jumlah modal untuk didagangkan di pasaran Forex berjumlah 2000 usd.
Dari manakah duit itu datang? Duit yang dipaparkan itu sebenarnya hanya wujud ‘on screen’sahaja. Modal tambahan itu sebenarnya tidak wujud dan biasanya diberikan syarat-syarat tertentu supaya pelabur sukar untuk melakukan pengeluaran.Di belakang tabir, deposit asal itu dipusing untuk membayar pelabur lama dan membayar komisyen kepada pihak yang menjadi ‘introducer’. Dagangan Forex mereka seolah-olah dilakonkan di skrin sahaja. Ia sebenarnya tidak wujud, yang wujud hanyalah ‘money game’semata-mata.
Apakah trend skim pelaburan emas sekarang?
Komen saya: Modus operandi skim pelaburan emas sekarang masih tak berubah.
1. Anda dapat pulangan bulanan yang tinggi.
2. Bila anda tanya penganjur, kenapa mereka mereka boleh offer pulangan lumayan? Tiada jawapan yang konkrit akan diberikan.
3. Awas kalau anda beli emas tetapi emas tak dapat dalam tangan. Ini petanda skim tersebut rolling emas yang sama kepada pembeli berbeza. Contohnya penjual menggunakan 1 kilo emas (harga RM150,000) tetapi menjual emas yang sama kepada 10 orang pembeli. Jadi penjual akan kutip duit yang sangat banyak (jualan 10 kg emas = RM1.5 juta) tapi modal dia cuma 1 kg ajer. Lepas itu penganjur akan buat money game. Duit RM1.5 juta itu dirolling untuk menbayar keuntungan yang tinggi kepada pelabur. Itu sebabnya mereka boleh bayar keuntungan lumayan. Ini namanya skim Ponzi. Lama-kelamaan akan runtuh bila tiada kemasukan pelabur baru.
4. Orang tertarik menyertai bukan kerana nak beli emas. Tetapi join kerana tertarik dengan pulangan bulanan.
P/s: Jika anda melabur emas bukan kerana emas, tapi lebih kepada tertarik dengan pulangan lain maka ITU BUKANLAH PELABURAN EMAS YANG SEBENAR!
Berhati-hatilah dengan syarikat yang beroperasi dengan kaedah ini.
Skim cepat kaya bertopengkan forex.
Tentang skim cepat kaya bertopengkan Forex (dan boleh trade emas online), saya meminta sahabat saya Noor Syufaad dari www.melakafx.com untuk membuat ulasan.
Sebagai seorang trader sepenuh masa, beliau berpengalaman di dalam urusniaga Forex dan spot gold.
Komen Shufaad ”Forex yang sebenar adalah bila seorang trader membuka akaun dengan broker yang sah dan trade sendiri menggunakan platform broker berkenaan. Platform pula biasanya web base atau MetaTrader4.
Trader akan mendepositkan wang ke dalam akaun trading beliau dan dari situ beliau boleh trade secara live.
Trader tersebut perlu membuat analisis teknikal sendiri, ada sistem trading sendiri dan ada money management sendiri.
Trader menanggung 100% risiko dalam setiap position yang dibuka (selling ataubuying) .
Broker Forex tidak memberikan pendapatan bulanan, apatah lagi pairing bunus, matching bonus dan macam-macam bonus kepada trader.
“There’s no such thing as monthly income dalam forex trading. Itu semua skim cepat kaya. Nak mengaburi mata orang sahaja” ujar Shufaad.
Kalau anda nak faham tentang Forex scam, sila baca artikel ini:
1. http://www.investopedia.com/articles/forex/09/spot-a-forex-scam.asp
2. http://www.investopedia.com/articles/forex/09/forex-broker-scam.asp
2. http://www.investopedia.com/articles/forex/09/forex-broker-scam.asp
Kajian kes tentang skim cepat kaya forex bertopengkan emas.
Satu contoh skim cepat kaya yang dah bungkus dan berselindung di sebalik nama perdagangan emas dan forex ialah Rapid Gold Currency Exchange – rapidgcx.com
Mula-mula skim ini hangat mendapat sambutan di web carigold. Mula-mula ramai leader-leader pujuk pelabur baru join, Lepas bermasalah terus senyap.
Ini hanyalah satu skim cepat kaya yang bertopengkan forex dan emas. Terdapat BERIBU lagi skim-skim cepat kaya yang bungkus dan menipu yang anda boleh baca kisahnya.
Tempat terbaik untuk anda belajar mengenai skim cepat kaya ialah di forum carigold. (www.carigold.com)
Forum Carigold : Pyramid/Ponzi/Merapu Program Stop Paying. Klik bawah
Skim cepat kaya tahun 2014??
Kami tidak tahu apakah lagi idea-idea penganjur skim cepat kaya ini. Mereka terdiri daripada orang yang sama. Apabila sudah melesapkan duit pelaburan berjuta-juta ringgit, mereka akan rehat dahulu berbulan-bulan sebelum kembali dengan skim terbaru.Mereka sungguh licik. Mereka akan terus menjadikan sesuatu produk, saham, emas, perak atau forex sebagai wayang untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan bakal pelabur supaya modus operandi sebenar di belakang tabir sukar dikesan.Tidak mustahil pada tahun 2014, skim cepat kaya ini akan berlindung pula di sebalik nama kelab kebajikan. Itu jangkaan kami berdasarkan penubuhan beberapa kelab kebajikan yang mempunyai pelan pelaburan dengan pulangan tetap setiap bulan.Akhir sekali, pegang pada kata-kata ini untuk menyelamatkan duit kita daripada hangus ditelan skim-skim anjuran syaitan bertopeng manusia…
Kesimpulan.
“There’s always a legitimate investment and there are always a fake and scam investment”
Siapkan diri anda dengan ilmu.
Anda akan terselamat.
Enough said 

Credit to my mentor Syukor Hashim